Valve Akan Berkerjasama Dengan Quark VR Untuk Melancarkan Vivi Dengan Ciri Wi-Fi







Sebuah syarikat dari Bulgaria yang bernama Quark VR telah mengumumkan mereka sedang berkerjasama dengan Valve untuk menghasilkan Vive dengan ciri Wi-Fi. Syarikat itu akan menghasilkan pemancar Wi-Fi yang bersaiz kecil untuk menghasilkan rakaman VR yang lebih stabil. Pemancar tersebut akan menghubungkan antara headset bersama PC. 





Tetapi ianya tidaklah sambungan tanpa wayar secara menyeluruh kerana sambungan wayar masih diperlukan dari pemancar ke headset. Namun ianya adalah lebih mudah jika sambungan tanpa wayar antara headset ke PC atau peranti lain kerana pengguna tidak terikat dengan sambungan wayar yang berbelit belit dan ianya akan mengurangkan tahap kebebasan pengguna semasa mengguna VR headset. Quark berkata mereka sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan isu lag connection dan berharap pihak mereka akan dapat mengeluarkan satu prototaip dalam masa terdekat ini.