Selain mempunyai rekaannya menarik, ia turut didatangkan dengan rupa bentuk yang mudah disimpan dan menjimatkan ruang. mungkin peralatan rumah yang sempurna buat anda sekeluarga.
Menurut Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara merangkap Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan, Philips Malaysia berkata “Philips mementingkan usaha terus menginovasi peralatan-peralatan yang mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna. Berhasrat untuk menambah baik kehidupan 3 bilion pengguna di seluruh dunia menjelang 2030. Peralatan di rumah mungkin bukan alat yang kritikal, tetapi kebolehan membantu pengguna mewujudkan sebuah rumah yang bersih dan selesa dengan mudah dapat membantu mereka menjimatkan masa untuk melakukan lebih banyak perkara yang lebih penting."
Sistem vakum dan mop yang sangat inovatif
Philips SpeedPro Max Aqua menggunakan teknologi inovatif yang memberikan pengalaman pembersihan yang berkesan kepada semua pengguna. Sebuah sistem vakum dan mop yang sangat unik, didatangkan dengan pegangan tanpa wayar 3 dalam 1. Semasa penggunaannya, pengguna akan berupaya memerangkap lebih banyak kekotoran yang biasanya tidak dapat disedut oleh vakum biasa.
Setakat hari ini, Philips SpeedPro Max Aqua memberikan pengguna satu pengalaman pembersihan yang paling pantas dengan adanya muncung sedut 360° yang sangat inovatif. Mampu menyedut segala kekotoran daripada semua sudut di rumah anda. Didatangkan juga dengan sistem penapis tiga peringkat yang mampu menarik semua debu-debu halus dan bakteria. Satu perlatan rumah yang canggih dan sangat ideal untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih.
Alat ini juga didatangkan dengan bateri ion litium 25.2V yang membolehkan ia beroperasi sehingga 75 minit sebelum anda perlu mengecasnya semula. Sementara paparan digital pintar mempamerkan kelajuan dan penggunaan bateri.
Harga pasaran
Philips SpeedPro Max Aqua (FC6904/01) dijual pada harga yang telah disyorkan, iaitu RM2,599 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur, serta di rangkaian kedai rakan pengedar Philips di seluruh negara. Perlatan vakum dan mop unik ini juga mampu didapatkan menerusi hujung jari anda sahaja dengan melihat kepada gedung rasmi dalam talian di laman web Lazada di pautan https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.
Sistem vakum dan mop ini mampu memberikan anda kelebihan di rumah dengan adanya alat pegangan tangan bersepadu dan secara tidak langsung membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga tersayang.
Berkaitan
- Bawa Pulang Huawei Siri P20 Dengan Hanya RM 1 Dari Maxis
- Xiaomi Mi 9 Terima Markah DxOMark Lebih Tinggi Dari iPhone XS Max & Galaxy Note 9
- MaxisONE Share Terbaru: Pelan Keluarga Yang Membolehkan Pengguna Membeli 5 Telefon Pintar Terkini Pada Harga RM0 Dalam Satu Akaun
- Imej Sebenar Asus Zenfone Max Pro M2 Tertiris Menjelang Pelancaran
- Maxis Menawarkan Liputan Internet Yang Cemerlang Di KLCC
- Apple Dikatakan Bakal Melancarkan Model iPhone XS & XS Max Versi Merah Bulan Ini
- Spesifikasi Asus Zenfone Max Pro M1 Didedahkan Menjelang Pelancaran
- Menangi ASUS Zenfone Max Pro Menggunakan Facebook dan Instagram Anda Sekarang
- Pengguna Asus Zenfone Max Pro M1 Di Malaysia Mula Terima Kemaskini EIS
- Maxis Menawarkan Huawei P9 Dengan Hanya RM1