Vaksin COVID-19 Pfizer Akan Diuji Ke Atas Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 12 Tahun

Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech dari Amerika Syarikat yang menghasilkan vaksin COVID-19 dilaporkan akan memulakan ujian vaksin tersebut kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Walaubagaimanapun ujian vaksin itu akan menggunakan dos yang lebih rendah bagi disesuaikan dengan peringkat umur.

Dos yang akan digunakan adalah sebanyak 3 mikrogram bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun dan 10 mikrogram akan diuji ke atas kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 11 tahun.

Grup umur kanak-kanak bawah 12 tahun itu akan melibatkan seramai 4,500 kanak-kanak dari Amerika Syarikat, Finland dan Spain.

Untuk fasa pertama ujian tersebut ia akan melibatkan seramai 144 kanak-kanak dahulu.

Seperti semua sedia maklum, vakin COVID-19 bagi kanak-kanak masih belum tersedia sehingga kini.

Hanya mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja boleh menerima vaksin tersebut buat masa ini.

Sumber: Cnet

Berkaitan