VAIO SX12 - Komputer Riba Kecil Yang Menyediakan Pelbagai Port Sambungan

Port sambungan pada komputer riba bersaiz kecil mungkin terhad tetapi itu bukan masalah bagi VAIO dimana pengeluar itu telah memperkenalkan VAIO SX12, disediakan dengan sejumlah port sambungan.

Hadir dengan skrin paparan berukuran 12.5 inci, SX12 disertakan dengan tiga port USB-A,  satu port USB-C, HDMI, slot kad SD, bicu audio 3.5mm, port Ethernet termasuk VGA. Tampil dengan rekaan serba ringkas, ia hanya seberat 888 gram dan didalamnya dihuni cip pemprosesan Intel generasi ke-8 yang boleh dipilih antara i5 atau i7, RAM sehingga 16GB, dan storan SSD sehingga 1TB.



Melengkapi komputer riba ini adalah sensor pengimbas cap jari, bateri yang boleh menjangkau 14 jam penggunaan serta ciri LTE, membolehkan pengguna mengakses internet walapun sedang dalam perjalanan.



VAIO SX12 akan mula dijual di Jepun pada minggu ini pada harga antara 119,800 yen (~RM4553) hingga 216,800 yen (~RM8239), berbeza mengikut spesifikasi serta warna. Ketika ini, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan ditawarkan kepada pasaran lain ataupun tidak.

Sumber: Tech Spot

 

Berkaitan