Utama Archives - WISER.MY https://wiser.my/utama Laporan Teknologi & Gajet Wed, 23 Sep 2026 09:41:14 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.6 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Utama Archives - WISER.MY https://wiser.my/utama 32 32 118486170 MyZakat 4.0 Dilancar, Gabung Urusan Zakat, Wakaf, Dan Ibadah Harian Dalam Satu Aplikasi https://wiser.my/myzakat-4-0-dilancar-gabung-urusan-zakat-wakaf-dan-ibadah-harian-dalam-satu-aplikasi Wed, 23 Sep 2026 07:02:11 +0000 https://wiser.my/?p=387704 Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini secara rasmi melancarkan aplikasi MyZakat 4.0, versi baharu yang diperkemas dari segi fungsi, antaramuka, dan pengalaman pengguna. Membawa tagline “Aplikasi Ibadah Anda”, versi terbaharu ini beralih daripada sekadar platform transaksi zakat kepada sebuah Ekosistem Ibadah Digital yang merangkumi Zakat, Wakaf, dan Ibadah Harian....

The post MyZakat 4.0 Dilancar, Gabung Urusan Zakat, Wakaf, Dan Ibadah Harian Dalam Satu Aplikasi appeared first on WISER.MY.

]]>
Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini secara rasmi melancarkan aplikasi MyZakat 4.0, versi baharu yang diperkemas dari segi fungsi, antaramuka, dan pengalaman pengguna.

Membawa tagline “Aplikasi Ibadah Anda”, versi terbaharu ini beralih daripada sekadar platform transaksi zakat kepada sebuah Ekosistem Ibadah Digital yang merangkumi Zakat, Wakaf, dan Ibadah Harian.

Aplikasi MyZakat adalah Ekosistem ‘One Stop Center’ pembayaran Zakat dan Wakaf.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Haji Mohammed Hassan, menyatakan bahawa pembangunan MyZakat 4.0 memberi tumpuan utama kepada kemudahan pengguna agar setiap urusan dapat dilaksanakan secara pantas, mudah, dan lancar tanpa langkah yang merumitkan.

 

“Melalui MyZakat 4.0, kita beralih daripada aplikasi yang sekadar berorientasikan transaksi kepada sebuah Ekosistem Ibadah Digital yang membawa tiga gagasan utama iaitu Zakat, Wakaf, dan Ibadah,” katanya.

Aplikasi baharu ini memperkenalkan beberapa ciri utama, termasuk EzPayz bagi pembayaran zakat yang lebih pantas serta penjejakan resit menerusi MyResit yang diperakui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengguna juga boleh memantau maklumat agihan zakat kepada golongan asnaf menerusi integrasi MyAsnaf bersama platform MAIWPNOW.

Pengguna sedia ada hanya perlu mengemas kini aplikasi MyZakat kepada versi 4.0 tanpa perlu memuat turun aplikasi baharu.

Di samping itu, ciri MyWakaf membolehkan sumbangan wakaf disalurkan secara terus serta dipantau secara masa nyata, manakala ciri MyAmal menyediakan kemudahan Al-Quran digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian, dan tasbih digital.

MyZakat 4.0 kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

{suggest}

The post MyZakat 4.0 Dilancar, Gabung Urusan Zakat, Wakaf, Dan Ibadah Harian Dalam Satu Aplikasi appeared first on WISER.MY.

]]>
387704
Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp https://wiser.my/arab-saudi-perkenal-exobot-ev-futuristik-dengan-kuasa-kuda-sehingga-1111-hp Tue, 22 Sep 2026 06:55:15 +0000 https://wiser.my/?p=387618 Arab Saudi kini melakar sejarah dengan pelancaran jenama kereta nasional pertamanya, Ceer menerusi model kereta elektrik (EV) EXOBOT sedan dan SUV. Direka bentuk dan dibangunkan oleh negara itu sendiri, EV ini akan dihasilkan  di Kompleks Pembuatan CEER di King Abdullah Economic City, yang merupakan fasiliti EV terbesar dan paling canggih di Timur Tengah. Reka bentuk...

The post Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp appeared first on WISER.MY.

]]>
Arab Saudi kini melakar sejarah dengan pelancaran jenama kereta nasional pertamanya, Ceer menerusi model kereta elektrik (EV) EXOBOT sedan dan SUV.

Direka bentuk dan dibangunkan oleh negara itu sendiri, EV ini akan dihasilkan  di Kompleks Pembuatan CEER di King Abdullah Economic City, yang merupakan fasiliti EV terbesar dan paling canggih di Timur Tengah.

Reka bentuk EXOBOT diinspirasikan budaya dan landskap Saudi, menampilkan cermin depan 2.4 meter yang memecah rekod, lampu tanda 1932, serta pintu Shahin Wing yang menyerupai kepak helang.

Bahagian dalaman pula menawarkan kokpit futuristik dengan paparan 48 inci 8K, sistem suara imersif, dan pembantu suara AI dwibahasa.

Dari aspek prestasi, Ceer mendakwa, model dengan spesifikasi tertingginya, EXOBOT menghasilkan kuasa kuda sebanyak 1,111 hp dan tork 1,500 Nm.

Dakwa Ceer lagi,  model Sedan EXOBOT yang lebih rendah mampu memecut dari 0 km/j ke 100 km/j hanya dalam masa hanya 2.1 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Model SUV pula mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 2.4 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 210 km/j.

EXOBOT Sedan.

Selain itu, dengan bateri 112 kWh, pemilik tidak perlu risau tentang jarak pemanduan kerana ia menawarkan julat sehingga 560 km untuk SUV dan 670 km untuk sedan.

Malah dengan seni bina 800V yang canggih, bateri EV ini menyokong pengecasan ultra-pantas daripada 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada 30 minit.

Ruang kokpit EXOBOT dilengkapi paparan Digital Horizon melengkung bersaiz 48 inci, merentasi papan pemuka dengan resolusi 8K.

Dalam tempoh lima tahun, Ceer merancang melancarkan tujuh model baharu, termasuk kenderaan bersaiz sederhana dan kompak dengan pelbagai pilihan enjin.

Pelancaran ini selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi, yang menekankan kepelbagaian ekonomi, pengurangan kebergantungan import, serta penciptaan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan.

Buat masa ini, laman web CEER hanya menunjukkan konfigurasi PLUS dan First Edition yang akan tersedia tidak lama lagi. CEER belum lagi mengumumkan harga runcit muktamad pada halaman model yang dirujuk di sini.

 

{suggest}

The post Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp appeared first on WISER.MY.

]]>
387618
MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya https://wiser.my/mykad-generasi-baharu-kini-dilancarkan-ini-antara-ciri-keselamatan-baharunya Wed, 16 Sep 2026 02:51:35 +0000 https://wiser.my/?p=387189 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi kini memperkenalkan MyKad Generasi Baharu, yang membawa pembaharuan dari segi reka bentuk dan ciri keselamatan pada kad pengenalan Malaysia. Menerusi video pengenalan yang dikongsikan JPN, MyKad Generasi Baharu ini menampilkan 53 ciri keselamatan fizikal yang merangkumi pelbagai elemen pada permukaan dan struktur kad. Antaranya ialah Hologram Keselamatan Dinamik yang...

The post MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya appeared first on WISER.MY.

]]>
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi kini memperkenalkan MyKad Generasi Baharu, yang membawa pembaharuan dari segi reka bentuk dan ciri keselamatan pada kad pengenalan Malaysia.

Menerusi video pengenalan yang dikongsikan JPN, MyKad Generasi Baharu ini menampilkan 53 ciri keselamatan fizikal yang merangkumi pelbagai elemen pada permukaan dan struktur kad.

Antaranya ialah Hologram Keselamatan Dinamik yang memaparkan imej tiga dimensi dan berubah mengikut sudut pandangan serta pencahayaan. Kad ini turut mempunyai ciri keselamatan ultraungu (UV) yang menonjolkan elemen keselamatan tertentu dan hanya dapat dilihat di bawah sinaran ultraungu.

Dari segi binaan, MyKad Generasi Baharu menggunakan lapisan polikarbonat yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia. Kad ini turut menampilkan corak Guilloche, iaitu corak keselamatan halus yang membantu menjadikannya lebih sukar dipalsukan.

Ciri Transparent Window.

Selain itu, terdapat teks mikro, iaitu tulisan halus yang boleh dilihat dengan lebih jelas menggunakan kanta pembesar. MyKad Generasi Baharu juga mempunyai ciri keselamatan lutsinar Transparent Window pada bahagian tertentu kad.

Pada bahagian belakang MyKad, terdapat Kod QR bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan. MyKad Generasi Baharu juga dilengkapi cip NFC yang membolehkan pembacaan secara contact dan contactless, selain cip pemprosesan lanjutan serta cip antara muka dwi fungsi.

Sementara itu, elemen Touch ’n Go tidak lagi disertakan pada MyKad Generasi Baharu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketersediaan

Mulai 17 September 2026, sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan di seluruh negara akan mula mengeluarkan MyKad Generasi Baharu.

Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Menurut JPN, pengeluaran MyKad di cawangan berkenaan mempunyai tempoh siap pada hari yang sama.

Maklumat lanjut mengenai urusan MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my.

{suggest}

The post MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya appeared first on WISER.MY.

]]>
387189
TP-Link Lancar Wi-Fi 8 Di Malaysia – Pelancaran Pertamanya Di Asia Pasifik https://wiser.my/tp-link-lancar-wi-fi-8-di-malaysia-fokus-pada-kestabilan-sambungan Tue, 15 Sep 2026 03:19:55 +0000 https://wiser.my/?p=387059 TP-Link secara rasmi memperkenalkan Wi-Fi 8 di Malaysia, menjadikan negara ini lokasi pertama di Asia Pasifik untuk pelancaran teknologi Wi-Fi generasi baharu syarikat itu. Berbanding hanya menumpukan kepada kelajuan, Wi-Fi 8 memberi fokus kepada kestabilan sambungan apabila semakin banyak peranti menggunakan rangkaian yang sama. Teknologi ini dibangunkan berasaskan piawaian IEEE 802.11bn yang akan datang dan...

The post TP-Link Lancar Wi-Fi 8 Di Malaysia – Pelancaran Pertamanya Di Asia Pasifik appeared first on WISER.MY.

]]>
TP-Link secara rasmi memperkenalkan Wi-Fi 8 di Malaysia, menjadikan negara ini lokasi pertama di Asia Pasifik untuk pelancaran teknologi Wi-Fi generasi baharu syarikat itu.

Berbanding hanya menumpukan kepada kelajuan, Wi-Fi 8 memberi fokus kepada kestabilan sambungan apabila semakin banyak peranti menggunakan rangkaian yang sama.

Teknologi ini dibangunkan berasaskan piawaian IEEE 802.11bn yang akan datang dan menggunakan sistem Wi-Fi 8 StabilityEngine TP-Link, yang direka untuk meningkatkan liputan, mengurus kesesakan rangkaian serta mengurangkan gangguan isyarat bagi memastikan sambungan yang lebih konsisten.

TP-Link turut memperkenalkan Archer 8 Ultra dan sistem mesh Wi-Fi Deco 8 Ultra, selain memberi gambaran awal mengenai portfolio Omada Wi-Fi 8 yang bakal diperkenalkan untuk rangkaian perniagaan.

Apabila tersedia secara komersial, Wi-Fi 8 dijangka menawarkan liputan yang lebih konsisten di premis berskala besar, sesak atau bertingkat. Ia turut dijangka memperkukuh sambungan bagi peranti yang berada lebih jauh daripada titik akses serta mengekalkan prestasi yang lebih baik ketika trafik rangkaian memuncak.

Keupayaan tersebut boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran yang bergantung kepada sambungan rangkaian yang konsisten, termasuk pejabat, kampus universiti, hotel, premis peruncitan, hospital dan kilang. TP-Link turut menyasarkan penggunaan di rumah yang menghubungkan pelbagai telefon pintar, televisyen pintar dan peranti rumah pintar pada satu rangkaian.

Selain Wi-Fi 8, TP-Link mengumumkan Fusion Pro Series baharu, yang mengintegrasikan infrastruktur rangkaian dan keselamatan dalam satu platform untuk kegunaan perniagaan.

Syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan Omada-VIGI AI Application Developer Alliance, yang menghimpunkan syarikat AI, pembangun bebas dan rakan teknologi bagi mengintegrasikan teknologi rangkaian serta pengawasan TP-Link dengan aplikasi AI. Inisiatif ini meliputi penggunaan dalam persekitaran seperti bilik darjah pintar, ruang peruncitan, kilang dan premis hospitaliti.

Dalam pada itu, TP-Link turut memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui MoU dengan tiga universiti di Malaysia untuk memperkenalkan kursus rangkaian Omada dan latihan praktikal, bagi membantu membina keupayaan teknikal yang diperlukan.

{suggest}

The post TP-Link Lancar Wi-Fi 8 Di Malaysia – Pelancaran Pertamanya Di Asia Pasifik appeared first on WISER.MY.

]]>
387059
Disney+ Akan Beralih Ke Aplikasi Baharu Mulai 7 Oktober – Ini Perubahan Untuk Pengguna Di Malaysia https://wiser.my/disney-akan-beralih-ke-aplikasi-baharu-mulai-7-oktober-ini-perubahan-untuk-pengguna-di-malaysia Sat, 12 Sep 2026 05:21:18 +0000 https://wiser.my/?p=386885 Disney+ kini mengumumkan peralihan kepada aplikasi baharu di Malaysia mulai 7 Oktober 2026. Bagi pelanggan sedia ada, peralihan ini tidak memerlukan bayaran tambahan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi baharu menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama seperti akaun Disney+ semasa. Hulu Gantikan Star Sebagai Jenama Hiburan Umum Peralihan kepada aplikasi baharu ini...

The post Disney+ Akan Beralih Ke Aplikasi Baharu Mulai 7 Oktober – Ini Perubahan Untuk Pengguna Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
Disney+ kini mengumumkan peralihan kepada aplikasi baharu di Malaysia mulai 7 Oktober 2026.

Bagi pelanggan sedia ada, peralihan ini tidak memerlukan bayaran tambahan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi baharu menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama seperti akaun Disney+ semasa.

Hulu Gantikan Star Sebagai Jenama Hiburan Umum

Peralihan kepada aplikasi baharu ini turut membawa kemas kini pada penjenamaan kandungan Hiburan Umum di Disney+. Mulai 9 Oktober, Hulu akan diperkenalkan sebagai jenama Hiburan Umum global di Disney+, menggantikan Star.

Paparan aplikasi akan kekal hampir sama, dengan kemas kini utama termasuk logo Disney+ yang diperbaharui serta kandungan Hiburan Umum yang akan ditempatkan di bawah jenama Hulu. Hulu pula dikenali menerusi barisan Originals yang memenangi pelbagai anugerah dan identiti warna hijaunya.

Pelanggan masih boleh mengakses kandungan yang tersedia di Disney+, termasuk program keluarga dan koleksi APAC Originals. Pada bahagian Hulu, Disney+ juga akan menyediakan kandungan dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.

Profil, Watchlist Dan Sejarah Tontonan Tidak Dipindahkan

Walaupun kandungan semasa akan terus tersedia, tidak semua maklumat daripada aplikasi lama akan dibawa ke aplikasi baharu. Profil, Senarai Tontonan (Watchlist) dan sejarah tontonan sedia ada tidak akan tersedia dalam aplikasi Disney+ baharu.

Pengguna perlu menyediakan profil utama ketika log masuk buat kali pertama untuk mula menstrim. Jika pengguna belum pernah memberikan alamat e-mel dalam aplikasi semasa, Disney+ turut menyatakan mereka akan diminta berbuat demikian ketika log masuk kali pertama.

Perubahan pelan langganan

Dari segi langganan, pelanggan Disney+ Premium akan terus menikmati ciri-ciri pelan Premium dalam aplikasi baharu.

Sementara itu, pelanggan Disney+ Basic akan mendapat akses kepada Disney+ Standard tanpa sebarang kos tambahan. Pelan Standard menawarkan muat turun kandungan, kualiti video sehingga 1080p dan sehingga dua penstriman serentak.

Tempoh pengebilan pelanggan akan kekal sama dalam aplikasi Disney+ baharu, tanpa mengira pelan yang digunakan. Pengguna juga masih boleh menukar pelan pada bila-bila masa.

Terma penggunaan turut dikemas kini

Selain perubahan aplikasi dan pelan, Disney+ turut mengemas kini terma perkhidmatannya kepada Perjanjian Pelanggan. Pelanggan yang melanggan sebelum 3 September 2026 masih tertakluk kepada terma sedia ada sehingga 6 Oktober 2026, sebelum perjanjian baharu digunakan pada aplikasi Disney+ baharu.

Bagi pelanggan yang mendapatkan langganan Disney+ melalui pihak ketiga, tarikh pelaksanaan atau perubahan berkaitan pelan pula mungkin berbeza.

{suggest}

The post Disney+ Akan Beralih Ke Aplikasi Baharu Mulai 7 Oktober – Ini Perubahan Untuk Pengguna Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
386885
Anthropic Dedah Rangkaian 1,000 Akaun Palsu Digunakan Untuk Sasarkan Pengundi Malaysia https://wiser.my/anthropic-dedah-rangkaian-1000-akaun-palsu-digunakan-untuk-sasarkan-pengundi-malaysia Fri, 11 Sep 2026 07:24:19 +0000 https://wiser.my/?p=386837 Sebelum ini, Anthropic melaporkan bahawa pihak dari China dan Iran menggunakan AI untuk aktiviti pengintipan. Namun, laporan ancaman September 2026 syarikat itu turut mendedahkan satu lagi operasi berasingan yang secara khusus menyasarkan pengguna dan pengundi di Malaysia. Menurut Anthropic, pihaknya mengenal pasti dan menutup satu akaun yang menggunakan Claude untuk menjalankan platform manipulasi pilihan raya...

The post Anthropic Dedah Rangkaian 1,000 Akaun Palsu Digunakan Untuk Sasarkan Pengundi Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
Sebelum ini, Anthropic melaporkan bahawa pihak dari China dan Iran menggunakan AI untuk aktiviti pengintipan. Namun, laporan ancaman September 2026 syarikat itu turut mendedahkan satu lagi operasi berasingan yang secara khusus menyasarkan pengguna dan pengundi di Malaysia.

Menurut Anthropic, pihaknya mengenal pasti dan menutup satu akaun yang menggunakan Claude untuk menjalankan platform manipulasi pilihan raya komersial yang terutama menyasarkan Malaysia. Rangkaian tersebut merangkumi kira-kira 1,000 akaun palsu di X/Twitter, sebuah laman berita palsu serta beberapa dokumen risikan rekaan.

Operasi itu menggunakan data banci, data pilihan raya serta jutaan rekod pengundi bagi membina profil pengundi mengikut kawasan. Anthropic mendakwa sistem tersebut menyasarkan kesemua 222 kawasan Parlimen Malaysia, termasuk dengan mengeksploitasi isu sensitif seperti kaum, agama dan institusi diraja.

Claude pula digunakan untuk membantu membina sistem sasaran mengikut kawasan, mengurus rangkaian akaun palsu, menghasilkan logik untuk mengelak pengesanan platform media sosial serta menulis semula kandungan berita.

Antara komponen operasi tersebut ialah sebuah laman palsu bernama Malaysia Pulse, yang mengambil laporan sah daripada media Malaysia sebelum kandungannya ditulis semula menggunakan AI dan diterbitkan dengan nama penulis rekaan.

Anthropic turut mendakwa laman itu menerbitkan semula kandungan daripada media berkaitan negara seperti Xinhua, Sputnik/RIA dan CGTN tanpa mengekalkan atribusi asal.

Platform berkenaan juga dikatakan mempunyai fungsi untuk menetapkan jumlah tontonan palsu bagi sesuatu sasaran. Anthropic berkata mereka melihat satu permintaan untuk menghasilkan satu juta tontonan buatan bagi menyokong akaun Perdana Menteri Malaysia yang sedang memegang jawatan.

{suggest}

Bagaimanapun, Anthropic menegaskan angka prestasi dalam dashboard operasi itu dilaporkan sendiri oleh sistem pelaku dan tidak dapat disahkan secara bebas.

Mereka turut mendakwa pihak di sebalik operasi itu cuba mendapatkan kontrak dengan pengawal selia komunikasi kebangsaan Malaysia. Namun, Anthropic berkata tiada bukti bahawa usaha tersebut berjaya.

Anthropic mengklasifikasikan kempen ini sebagai Category Two dalam Breakout Scale, bermaksud asetnya sudah tersebar merentasi beberapa platform tetapi belum ada bukti ia benar-benar berjaya menembusi komuniti pengguna sebenar secara meluas.

Syarikat itu berkata akaun berkenaan telah dikenal pasti melalui sistem pengesanan dalaman sebelum tindakan diambil untuk memetakan rangkaian operasi dan menghalang penyalahgunaan lanjut.

The post Anthropic Dedah Rangkaian 1,000 Akaun Palsu Digunakan Untuk Sasarkan Pengundi Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
386837
Apple Perkenal iPhone Duo – iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499 https://wiser.my/apple-perkenal-iphone-duo-iphone-lipat-pertama-sokongan-apple-pencil-harga-bermula-rm9499 Wed, 09 Sep 2026 19:02:40 +0000 https://wiser.my/?p=386622 Apple akhirnya memperkenalkan iPhone Duo, sekali gus menjawab persoalan mengenai model iPhone baharu yang selama ini dinanti-nantikan. Ia merupakan iPhone boleh lipat pertama Apple, hadir dengan reka bentuk dua paparan serta spesifikasi yang disesuaikan untuk format baharu ini. Apabila dibuka, iPhone Duo menawarkan paparan dalaman Super Retina XDR berukuran 7.6-inci. Apple menyatakan saiz tersebut 50%...

The post Apple Perkenal iPhone Duo – iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499 appeared first on WISER.MY.

]]>
Apple akhirnya memperkenalkan iPhone Duo, sekali gus menjawab persoalan mengenai model iPhone baharu yang selama ini dinanti-nantikan. Ia merupakan iPhone boleh lipat pertama Apple, hadir dengan reka bentuk dua paparan serta spesifikasi yang disesuaikan untuk format baharu ini.

Apabila dibuka, iPhone Duo menawarkan paparan dalaman Super Retina XDR berukuran 7.6-inci. Apple menyatakan saiz tersebut 50% lebih besar berbanding iPhone 18 Pro Max, manakala kemasan nano-tekstur digunakan untuk mengurangkan pantulan dan keterlihatan garis lipatan (crease).

Apabila dilipat, pengguna boleh menggunakan paparan luaran 5.4-inci yang menyediakan kira-kira 90% keluasan skrin iPhone 18 Pro. Kedua-dua skrin mempunyai nisbah aspek yang sama supaya kandungan dapat beralih antara paparan dengan lebih lancar.

Selain itu, kedua-dua paparan turut menyokong ProMotion, Always On dan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits untuk penggunaan di luar. Apple juga akan menambah sokongan Apple Pencil dengan USB-C pada lewat tahun ini, membolehkan pengguna mengambil nota, melukis atau menanda dokumen pada kedua-dua skrin.

Menariknya, Apple kembali menggunakan Touch ID pada iPhone Duo, dengan sensor cap jari itu diintegrasikan pada butang sisi. Ia boleh digunakan untuk pengesahan sama ada iPhone Duo dalam keadaan terbuka atau dilipat.

Dari segi binaan, iPhone Duo menggunakan titanium gred 5 bersama Ceramic Shield pada bahagian belakang dan Ceramic Shield 2 di hadapan. Peranti ini juga mempunyai penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap air, percikan dan habuk.

Engselnya pula menggunakan lebih 100 komponen bagi mengawal pergerakan ketika membuka dan menutup. Struktur dalaman turut diperkukuhkan dengan support ribs, manakala paparan boleh lipat menggunakan beberapa lapisan perlindungan termasuk kaca berkekuatan tinggi, lapisan tahan calar dan plat titanium.

Untuk kamera, iPhone Duo hadir dengan kamera utama 48MP Fusion yang menyokong foto sehingga 48MP, rakaman 24MP secara default serta 2x telefoto berkualiti optikal. Kamera ini turut dilengkapi sistem pemprosesan imej baharu, apertur pantas dan penstabilan imej optikal sensor-shift.

Ia turut mempunyai kamera 48MP Fusion Ultra Wide, manakala kamera hadapan Center Stage boleh merakam foto dan video dalam pelbagai orientasi secara automatik.

Buat pertama kali, kamera FaceTime direka untuk diletakkan secara tersembunyi di belakang paparan, dan hanya kelihatan apabila diperlukan. Kedudukan ini membolehkan skrin dalaman kekal lebih bersih tanpa gangguan kamera ketika ia tidak digunakan.

Untuk video, kamera utama menyokong rakaman 4K/120fps dalam Dolby Vision. iPhone Duo turut membolehkan ciri Cinematic digunakan selepas rakaman sehingga 60fps, selain sokongan Audio Mix dan rakaman Time-lapse 4K Dolby Vision HDR.

Dari segi prestasi, iPhone Duo menggunakan cip A20 Pro yang sama seperti iPhone 18 Pro. Apple mendakwa ia menawarkan prestasi berterusan sehingga 35% lebih baik berbanding iPhone 17 Pro hasil penggunaan sistem pengurusan haba baharu bersama vapor chamber tersuai.

Cip dengan proses 2nm ini mempunyai CPU 6-teras yang sehingga 20% lebih pantas berbanding A19 Pro, GPU 7-teras sehingga 40% lebih pantas dan Dual 16-core Neural Engine dengan dua kali ganda kuasa pengiraan untuk model AI pada peranti.

iPhone Duo menggunakan seni bina dwi-bateri, satu pada setiap bahagian peranti. Apple mendakwa ia boleh memberikan sehingga 31 jam main balik video menggunakan skrin dalaman dan sehingga 44 jam menggunakan skrin luaran. Apabila kedua-dua paparan digunakan secara sama rata, hayat penggunaan yang dinyatakan ialah sehingga 24 jam bagi setiap pengecasan.

Untuk sambungan, iPhone Duo menggunakan eSIM sahaja di seluruh dunia. Ia dilengkapi cip wayarles N1 dengan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread, manakala modem C2 Apple menawarkan peningkatan pada kualiti dan kebolehpercayaan rangkaian selular serta sokongan mmWave di Amerika Syarikat.

iPhone Duo turut hadir dengan iOS 27 yang disesuaikan dengan reka bentuk model ini. Antara fungsi baharu ialah Split View yang membolehkan dua aplikasi dibuka bersebelahan, sokongan membuka dua tetingkap aplikasi yang sama seperti Safari serta keupayaan menyimpan pasangan aplikasi untuk digunakan semula.

Apple juga menggantikan susunan beberapa elemen antara muka supaya lebih sesuai dengan paparan boleh lipat. Dynamic Island direka semula untuk kedua-dua paparan, manakala kandungan boleh berubah susunan apabila peranti dilipat atau dipusingkan.

Dari sudut AI, iPhone Duo menyokong Siri AI yang dilancarkan dalam versi beta bersama iOS 27 serta ciri tambahan Apple Intelligence. iPhone Duo ditawarkan dalam pilihan 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB. Ia tersedia dalam warna Star White dan Night Sky.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, iPhone Duo dijual bermula RM9,499 untuk varian 256GB, manakala pilihan tertinggi 2TB mencecah RM15,499. Apple turut menawarkan pelan bayaran bulanan 24 bulan bermula RM395.79 sebulan. Senarai penuh harga boleh disemak melalui pautan INI.

Prapesan iPhone Duo di Malaysia dibuka mulai 8 malam, 16 Oktober, manakala jualan rasmi bermula 23 Oktober 2026.

{suggest}

The post Apple Perkenal iPhone Duo – iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499 appeared first on WISER.MY.

]]>
386622
Jensen Huang Kata AGI Sudah Tiba Selepas OpenAI Lancar Astra https://wiser.my/jensen-huang-kata-agi-sudah-tiba-selepas-openai-lancar-astra Mon, 07 Sep 2026 03:43:15 +0000 https://wiser.my/?p=386201 Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, mendakwa kecerdasan am buatan atau AGI (Artificial General Intelligence) sudah tiba susulan pelancaran model AI terbaharu OpenAI, Astra. Menerusi satu hantaran di X, Huang menulis bahawa perjalanan daripada ChatGPT ke o1 dan kemudian Astra berlaku dalam tempoh empat tahun, sebelum menyimpulkan bahawa “AGI has arrived”. https://x.com/JensenHuang/status/2096700264569090384?s=20 Beliau turut mengucapkan...

The post Jensen Huang Kata AGI Sudah Tiba Selepas OpenAI Lancar Astra appeared first on WISER.MY.

]]>
Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, mendakwa kecerdasan am buatan atau AGI (Artificial General Intelligence) sudah tiba susulan pelancaran model AI terbaharu OpenAI, Astra.

Menerusi satu hantaran di X, Huang menulis bahawa perjalanan daripada ChatGPT ke o1 dan kemudian Astra berlaku dalam tempoh empat tahun, sebelum menyimpulkan bahawa “AGI has arrived”.

https://x.com/JensenHuang/status/2096700264569090384?s=20

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan OpenAI dan menekankan bahawa Astra dibangunkan menggunakan infrastruktur pengkomputeran NVIDIA.

Kenyataan Huang bukan satu-satunya pandangan yang melihat Astra sebagai titik penting ke arah AGI.

Presiden OpenAI, Greg Brockman, ketika pelancaran Astra turut menggunakan ungkapan “Welcome to the AGI era”. Beliau berpendapat apabila orang melihat kembali tempoh ini pada masa hadapan, mereka mungkin menganggap kemunculan AGI berlaku sekitar sekarang dan mungkin melalui Astra.

https://x.com/gdb/status/2096721633876771094?s=20

Apa Itu AGI?

Secara ringkas, AGI merujuk kepada sistem AI yang mampu melakukan pelbagai tugasan intelektual pada tahap manusia atau lebih baik, berbanding model semasa yang biasanya masih mempunyai batas tertentu mengikut jenis tugasan.

OpenAI sebelum ini mentakrifkan AGI sebagai sistem sangat autonomi yang mampu mengatasi manusia dalam kebanyakan kerja yang mempunyai nilai ekonomi.

Namun, tiada satu definisi AGI yang diterima secara universal dalam industri AI. Malah, CEO OpenAI Sam Altman sendiri pernah mengakui istilah tersebut sukar ditakrifkan dengan tepat.

Disebabkan itu, kenyataan bahawa Astra sudah membawa dunia ke era AGI masih menjadi perkara yang diperdebatkan.

Penyelidik AI Gary Marcus, misalnya, mempertikaikan dakwaan Huang dan berpendapat Astra masih belum memenuhi kebanyakan kriteria yang beliau gunakan untuk menentukan sama ada sesebuah sistem benar-benar mencapai AGI.

https://x.com/GaryMarcus/status/2096723330497941930?s=20

Jadi, walaupun Huang dan beberapa tokoh OpenAI melihat Astra sebagai satu pencapaian besar ke arah AGI, ia belum boleh dianggap sebagai bukti bahawa industri AI secara keseluruhannya sudah mencapai tahap tersebut.

Apa yang lebih jelas, pelancaran Astra kembali mencetuskan perdebatan lama mengenai bila sebenarnya AGI boleh dianggap sudah wujud dan siapa yang berhak menentukan tahap tersebut.

{suggest}

The post Jensen Huang Kata AGI Sudah Tiba Selepas OpenAI Lancar Astra appeared first on WISER.MY.

]]>
386201
Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk 73 Saluran Premium Hingga 30 September – Termasuk HBO, Cinemax https://wiser.my/unifi-tv-tawar-akses-percuma-untuk-73-saluran-premium-hingga-30-september-termasuk-hbo-dan-cinemax Wed, 02 Sep 2026 03:18:09 +0000 https://wiser.my/?p=385850 Unifi TV kini membuka akses percuma kepada keseluruhan 73 saluran premium, termasuk HBO dan Cinemax, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM) serta ulang tahun ke-80 TM. Tawaran ini boleh dinikmati sehingga 30 September 2026 oleh semua rakyat Malaysia, termasuk bukan pelanggan Unifi. Pengguna baharu hanya perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel tanpa sebarang bayaran...

The post Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk 73 Saluran Premium Hingga 30 September – Termasuk HBO, Cinemax appeared first on WISER.MY.

]]>
Unifi TV kini membuka akses percuma kepada keseluruhan 73 saluran premium, termasuk HBO dan Cinemax, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM) serta ulang tahun ke-80 TM.

Tawaran ini boleh dinikmati sehingga 30 September 2026 oleh semua rakyat Malaysia, termasuk bukan pelanggan Unifi. Pengguna baharu hanya perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel tanpa sebarang bayaran atau langganan.

Sepanjang tempoh itu, semua saluran boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV 2.0 pada Smart TV yang serasi, telefon pintar, tablet dan kotak Android TV. Pilihannya merangkumi pelbagai jenis kandungan, daripada filem dan hiburan hinggalah sukan, berita, program kanak-kanak, gaya hidup serta pembelajaran.

Selepas promosi HKHM berakhir, Unifi TV akan terus menyediakan akses kepada 22 saluran percuma mulai 1 Oktober 2026. Ia merangkumi 16 saluran percuma sedia ada serta enam saluran premium tambahan, iaitu DEGUP HD, Dunia Sinema HD, Sensasi HD, Inspirasi HD, Pesona HD dan Al Jazeera.

Akses kepada 22 saluran ini akan diteruskan secara automatik selepas promosi berakhir, tanpa memerlukan pembatalan atau pendaftaran semula.

Menurut Anand Vijayan, Ketua Pegawai Segmen Perniagaan dan Pengguna TM, tawaran ini dibuat buat pertama kalinya dengan akses percuma kepada semua saluran Unifi TV, termasuk HBO, sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta ulang tahun ke-80 TM.

{suggest}

The post Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk 73 Saluran Premium Hingga 30 September – Termasuk HBO, Cinemax appeared first on WISER.MY.

]]>
385850
TNB Mulakan Pembangunan ‘National Grid Backbone 500kV’ – Bakal Jadi Sistem Penghantaran 500kV Terpanjang Di Malaysia https://wiser.my/tnb-mulakan-pembangunan-national-grid-backbone-500kv-bakal-jadi-sistem-penghantaran-500kv-terpanjang-di-malaysia Wed, 02 Sep 2026 02:08:49 +0000 https://wiser.my/?p=385811 Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memulakan pembangunan National Grid Backbone 500kV, projek talian penghantaran elektrik baharu yang akan memperkukuh keterjaminan tenaga negara, menyokong peralihan tenaga serta memenuhi keperluan bekalan elektrik pada masa hadapan. Dalam pembangunan tersebut, Pencawang Masuk Utama (PMU) 500kV Kampung Awah di Maran, Pahang, yang tapaknya dirasmikan baru-baru ini, akan berperanan sebagai salah...

The post TNB Mulakan Pembangunan ‘National Grid Backbone 500kV’ – Bakal Jadi Sistem Penghantaran 500kV Terpanjang Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memulakan pembangunan National Grid Backbone 500kV, projek talian penghantaran elektrik baharu yang akan memperkukuh keterjaminan tenaga negara, menyokong peralihan tenaga serta memenuhi keperluan bekalan elektrik pada masa hadapan.

Dalam pembangunan tersebut, Pencawang Masuk Utama (PMU) 500kV Kampung Awah di Maran, Pahang, yang tapaknya dirasmikan baru-baru ini, akan berperanan sebagai salah satu nod penghantaran strategik bagi menghubungkan lokasi penting merentasi pantai timur Semenanjung Malaysia.

Apabila siap pada 2030, National Grid Backbone ini akan menjadi talian sistem penghantaran 500kV terpanjang yang pernah dibangunkan di Malaysia, dengan panjang keseluruhan kira-kira 500km.

PMU Kampung Awah terletak di lokasi strategik sepanjang koridor penghantaran Paka-Kampung Awah-Bahau South-Kulai East. Menurut TNB, PMU ini akan meningkatkan kapasiti penghantaran, memperkukuh pemindahan tenaga antara wilayah serta meningkatkan daya tahan dan kebolehpercayaan rangkaian elektrik Semenanjung Malaysia.

PMU tersebut juga akan menyediakan kapasiti tambahan bagi membolehkan integrasi sumber penjanaan sedia ada dan akan datang.

Secara keseluruhan, pembangunan National Grid Backbone 500kV akan memperkukuh Grid Nasional yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

TNB menyatakan pembangunan ini akan menyediakan kapasiti penghantaran dan fleksibiliti grid yang diperlukan untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik yang terus berkembang, selain membolehkan penembusan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi, khususnya di Wilayah Timur.

Pembangunan grid tersebut juga akan meningkatkan kesiapsiagaan bagi memenuhi keperluan industri berteraskan kecerdasan buatan (AI), pusat data, infrastruktur digital serta pelaburan hijau bernilai tinggi yang semakin berkembang.

National Grid Backbone 500kV ini merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang TNB untuk membangunkan dan memodenkan Grid Nasional. Bagi tempoh 2025 hingga 2027, TNB melabur RM43 bilion dalam pembangunan dan pemodenan grid bagi memperkukuh kebolehpercayaan, daya tahan serta kapasiti rangkaian elektrik negara.

Gambar utama: Facebook/ Menteri Besar Pahang

{suggest}

The post TNB Mulakan Pembangunan ‘National Grid Backbone 500kV’ – Bakal Jadi Sistem Penghantaran 500kV Terpanjang Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
385811