Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB-C Pada Komputer Apple Kini Ada Ciri Kesan Kehadiran Cecair

USB-C Pada Komputer Apple Kini Ada Ciri Kesan Kehadiran Cecair

Diterbitkan November 7, 2023 · Dikemas kini November 7, 2023 oleh ariff bukhari

Apple menerusi sistem operasi bahrunya, macOS Sonoma 14.1 telah menambah ciri baharu pada setiap port USB-C pada komputer Macintosh dengan keupayaan menjalankan analisis pengesanan cecair.

Ciri itu adalah untuk mengurangkan tuntutan jaminan kerosakan ke atas komputer mereka yang berpunca daripada cecair.

“Komputer riba Mac semasa dan beberapa papan kekunci berwayar dan wayarles Apple mempunyai Penunjuk Sentuhan Cecair (LCI) untuk membantu menentukan sama ada produk ini telah terdedah kepada cecair.” Apple.

Apple pada tahun 2012 dahulu pernah memfailkan permohonan paten untuk sistem menambah baik penderia airnya. Pemfailan itu secara khusus menyatakan bahawa ia dilakukan kerana pelanggan kerap menerima penggantian untuk produk yang rosak dalam kaedah yang tidak dilindungi di bawah jaminan.

Itu kerana, kakitangan Apple Store mungkin tidak layak atau tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa sama ada sesebuah peranti itu mengalami kerosakan air atau tidak.

Apple jelas menyatakan, “Kerosakan pada komputer dan aksesori Mac akibat pendedahan cecair tidak dilindungi oleh  Apple One (1) Year Limited Warranty atau atau Pelan Perlindungan AppleCare.”

Pada tahun 2010 dahulu, Apple telah disaman berhubung cara ia menggunakan penunjuk kelembapan pada iPhone untuk menentukan sama ada desakan pengguna yang mereka tidak menjatuhkan peranti itu ke dalam air adalah benar atau tidak.

Saman itu mendakwa penunjuk itu tidak tepat menyebabkan Apple kalah terhadap kes itu sehingga terpaksa membayar penyelesaian berjumlah USD53 juta.

Pada tahun 2016 bermula dari iOS 10, iPhone bukan sahaja boleh menentukan cecair telah dikesan dalam port Lightning, tetapi juga akan memberi amaran kepada penggunanya.

Berkaitan

  • Apple Umum Barisan Cip M3 Baharu, 2.5x Lebih Pantas Dari M1
  • iMac Kini Dengan Cip M3, Harga Dari RM6,299
  • Harga MacBook Pro Kini Cecah Lebih RM30 Ribu

Sumber: Apple Insider

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY