Ikuti kami di media sosial

Berita

Usaha Malaysia Tingkatkan Sektor Telekomunikasi Diiktiraf Bank Dunia

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Slogan “Gandakan kelajuan pada separuh harga” kerap kali disebut-sebut dalam pasaran telekomunikasi dalam negara masa kini. Ia memperlihatkan keinginan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diterajui YB Gobind Singh Deo supaya perkhidmatan tersebut dapat dinikmati rakyat pada harga yang lebih berbaloi.

Sejak pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian pada tahun lalu, pengguna telah ditawarkan dengan pakej-pakej internet pada harga lebih murah dan laju berbanding sebelumnya.

Usaha meningkatkan sektor telekomunikasi negara ini nampaknya telah diiktiraf Bank Dunia menerusi laporan “Malaysia Economic Monitor: Re-energising the Public Service” yang memperakui inisiatif SKKM menyokong KKMM dalam penawaran perkhidmatan jalur lebar tetap mampu milik disamping akses internet lebih pantas.

Memetik laporan daripada Bernama, Pengerusi SKMM, Al-Ishal Ishak melihat laporan Bank Dunia itu sebagai bukti segala usaha dan tindakan yang dijalankan selama ini berkesan. Menurut SKMM lagi, laporan Bank Dunia menyatakan Malaysia berada dikedudukan yang baik dari segi capaian dan mampu merapatkan jurang antara negara yang mempunyai kelajuan internet lebih pantas.

-- Iklan --

Baca juga – Ini Senarai Harga Pakej Internet Bagi Golongan OKU

Sumber: Bernama

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular