US Menyenarai Hitam Lapan Syarikat Teknologi Dari China Kerana Melanggar Hak Asasi Manusia Muslim Uighur

Baru-baru ini Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah mengesahkan lapan syarikat teknologi dari China disenarai hitam bagi tujuan perdagangan. Ia kerana Kerajaan China telah melanggar hak asasi manusia dengan penindasan ke atas muslim Uighur.



Antara syarikat-syarikat yang disenaraihitam tersebut ialah Hikvision, Zhejiang Dahua Technology,  IFLYTEK, Xiamen Meiya Pico Information dan Yixin Science and Technology. Turut tersenarai, dua puluh agensi kerajaan iaitu biro keselamatan awam wilayah Xinjiang dan pelbagai lagi.

Menurut wakil dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat:

"Secara umumnya, syarikat-syarikat ini telah terlibat dalam pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam pelaksanaan kempen penindasan China, melakukan penahanan secara arbitari dan melakukan pengawasan dengan menggunakkan teknologi tinggi terhadap penduduk Uighur, Kazakhs, dan anggota kelompok minoriti Islam lain di Xinjiang."



Pada bulan lepas, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo  menuduh kerajaan China cuba "menghapuskan" etnik Islam di barat laut dengan memenjarakan beratus-ratus ribu penduduk islam Uighur manakala Beijing menafikan tuduhan tersebut.

Syarikat-syarikat dari A.S. dilarang daripada membeli cip dan komponen dari syarika-syarikat yang disenarai hitam tanpa persetujuan kerajaan A.S, terlebih dahulu. Pada Jun lalu, Huawei dan empat syarikat teknologi China yang lain tersenarai di dalam senarai syarikat yang memberi ancaman kepada keselamatan negara(A.S.)

Sumber: Cnet