Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US Menyenarai Hitam Lapan Syarikat Teknologi Dari China Kerana Melanggar Hak Asasi Manusia Muslim Uighur

US Menyenarai Hitam Lapan Syarikat Teknologi Dari China Kerana Melanggar Hak Asasi Manusia Muslim Uighur

Diterbitkan Oktober 8, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah mengesahkan lapan syarikat teknologi dari China disenarai hitam bagi tujuan perdagangan. Ia kerana Kerajaan China telah melanggar hak asasi manusia dengan penindasan ke atas muslim Uighur.

US Menyenarai Hitam Lapan Syarikat Teknologi Dari China Kerana Melanggar Hak Asasi Manusia Muslim Uighur

Antara syarikat-syarikat yang disenaraihitam tersebut ialah Hikvision, Zhejiang Dahua Technology,  IFLYTEK, Xiamen Meiya Pico Information dan Yixin Science and Technology. Turut tersenarai, dua puluh agensi kerajaan iaitu biro keselamatan awam wilayah Xinjiang dan pelbagai lagi.

Menurut wakil dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat:

“Secara umumnya, syarikat-syarikat ini telah terlibat dalam pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam pelaksanaan kempen penindasan China, melakukan penahanan secara arbitari dan melakukan pengawasan dengan menggunakkan teknologi tinggi terhadap penduduk Uighur, Kazakhs, dan anggota kelompok minoriti Islam lain di Xinjiang.”

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_4_7_8_3_22093874-1-eng-GB_security in xinjiang by cameras RTS29HZ3

Pada bulan lepas, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo  menuduh kerajaan China cuba “menghapuskan” etnik Islam di barat laut dengan memenjarakan beratus-ratus ribu penduduk islam Uighur manakala Beijing menafikan tuduhan tersebut.

Syarikat-syarikat dari A.S. dilarang daripada membeli cip dan komponen dari syarika-syarikat yang disenarai hitam tanpa persetujuan kerajaan A.S, terlebih dahulu. Pada Jun lalu, Huawei dan empat syarikat teknologi China yang lain tersenarai di dalam senarai syarikat yang memberi ancaman kepada keselamatan negara(A.S.)

Sumber: Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY