Ura-ura Samsung Galaxy Fold Mungkin Akan Dilancarkan Beberapa Hari Lebih Awal Sebelum iPhone 11 Diperkenalkan

Mungkin akan dilancarkan pada 6 September ini.


Apple Inc. telah mengesahkan mereka akan memperkenalkan model terbari barisan iPhone 2019 mereka pada 10 September ini. Kini terdapat pula ura-ura mendakwa peranti pintar Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan semula beberapa hari lebih awal dari acara istimewa Apple itu.

Menurut laporan  Yonhap, Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan semula pada 6 September ini di pameran IFA Consumer Electronic Unlimited  di Berlin.

Samsung Galaxy Fold telah pun diperkenalkan  pada bulan Februari lalu. Manakala pelancaranjualannya pula sepatutnya dibuat sekitar bulan April. Namun begitu kerana disebabkan oleh timbulnya masalah pada skrinnya itu telah menyebabkan Samsung menangguhkan pelancarannya ke tarikh yang masih belum ditetapkan.

Samsung sebelum ini menyatakan bahawa mereka telah pun berjaya menyelesaikan isu skrin Galaxy Fold dan ura-ura mendakwa Samsung akan melancarkannya semula pada tahun ini juga.

Sumber: Pocket-lint