(Ura-Ura) Nokia Iklankan Pelancaran Model Nokia 9, Bakal Diadakan 21 Ogos Ini

Nokia telah mengeluarkan satu poster acah berkaitan satu peranti baru yang akan diperkenalkan pada 21 Ogos ini. Poster tersebut telah didedahkan melalui satu kiriman di laman Twitter rasmi mereka.

https://twitter.com/Nokiamobile/status/1030127971762356225

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas tentang peranti yang akan dilancarkan, Nokia menyatakan peranti yang dimaksudkan adalah salah satu peranti yang ditunggu-tunggu.

Menurut beberapa sumber yang dipercayai, Nokia 9 akan menggunakan cip pemprosesan perdana Qualcomm iaitu Snapdragon 845 serta hadir dengan bateri berkapasiti 3,800 mAh.



Ia bersesuaian dengan status peranti ini yang digembar-gemburkan sebagai 'peranti perdana sebenar' oleh pihak HMD Global sebelum ini. Ia turut dijangka menggunapakai beberapa fungsi premium seperti pengimbas cap jari di dalam skrin.

Nokia dan HMD Global belum mahu memberi sebarang komen berkenaan perkara ini. Bagaimanapun, memandangkan 21 Ogos bakal menjelang tidak lama lagi, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui sama ada berita ini benar atau tidak.

 

Sumber