Ura-Ura Mengatakan Huawei Akan Keluarkan Peranti Dengan Nisbah Paparan 19:9

Nisbah paparan 18:9 dilihat cukup popular dimana rata-rata telefon pintar yang dilancarkan tahun lepas menggunapakai ukuran tersebut untuk skrin paparan.

Berlainan pula dengan beberapa model Samsung seperti Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy Note 8, Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) yang memperagakan nisbah paparan 18.5:9. Model lain seperti Mi Mix dan ZTE Nubia Z17S pula dengan kadar 17:9.

Khabar angin terbaru pula menyatakan Huawei mungkin tampilkan kadar nisbah yang baru iaitu 19:9.



Peranti yang dipercayai keluaran baru Huawei itu telah menjalani ujian HTML5 dan ia mendedahkan serba sedikit maklumat mengenainya.



Pada imej terpapar saiz skrin  hanya beresolusi 360 x 760 piksel tetapi difahamkan itu bukanlah resolusi sebenar. Ia mungkin menyokong resolusi sekitar 1080 x 2280 piksel yang mana nisbah paparannya adalah 19:9.

Ramai pihak masih berteka-teki mengenai nama peranti ini dan ada yang menyatakan ia berkemungkinan besar dipanggil sebagai Huawei P20 Pro.

Sumber: Mobielkopen via GSMArena