Vivo perlihatkan telefon pintar dengan rekaan skrin yang dipanggil sebagai "Waterfall screen".
Sebelum ini pihak Vivo telah perlihatkan gambar acah rekaan skrin terbaru yang dipanggil sebagai "Waterfall screen". Rekaan skrin tersebut dijangka akan digunakan pada model telefon pintar 'flagship' mereka iaitu pada siri Vivo NEX.
Ia bersandarkan kepada sumber Weibo yang mendakwa Vivo akan menggunakan rekaan skrin tersebut pada telefon pintar Vivo NEX 3. Rekaan skrin itu akan membuang butang yang biasanya ada pada 2 bahagian tepi kebanyakkan telefon pintar. Sebaliknya ia akan digantikan dengan ciri skrin sentuh menerusi skrin waterfall tersebut yang meliputi sehingga bahagian tepi telefon pintar Vivo NEX 3.
Pengurus produk Vivo NEX, Li Xiang turut mendedahkan sendiri lakaran rekaan skrin waterfall itu di laman Weibo miliknya.
Daripada lakaran tersebut, dapat juga dilihat telefon pintar Vivo NEX 3 akan datang bakal dilengakapi denga 3 kamera utama dengan rekaan bulat yang diinsirasikan daripada rekabentuk jam tangan mekanikal. Rekaan kamera hadapan pula mungkin Vivo bakal perkenalkan teknologi sensor kamera di bawah paparan.
Ura-ura juga mendakwa, siri Vivo NEX 3 versi 5G turut bakal dilancarkan di seluruh dunia nanti. Cuma buat masa ini belum ada pengesahan sendiri daripada pihak Vivo Malaysia serta informasi lain berkenaan model terbaru siri Vivo NEX tersebut.
Berkaitan
- Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia
- Bermula 1 September 2022, Pekerja Di Malaysia Bakal Nikmati Jam Kerja Lebih Pendek
- Kelajuan Internet Jalur Lebar Tetap Dan Jaringan Mudah Alih Di Malaysia Adalah Stabil - SKMM
- Pengguna Malaysia Dilihat Lebih Suka Pra Bayar Berbanding Pasca Bayar
- OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan, Berharga Dari ~RM1592
- Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
- Stor Apple Malaysia Tawar Aksesori Tali Jam Baru Untuk Apple Watch
- Malaysia Airlines Mengesahkan Larangan Terhadap Model Macbook Pro 15 Inci Keluaran September 2015 dan Februari 2017
- Yes Tawar Diskaun 20% Selama 2 Tahun Dengan Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G
- Huawei Malaysia Rai Pemenang Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia