Kini giliran rekaan pula diperbualkan dimana iPhone 2020 mungkin tampil dengan sisi logam serta skrin yang rata untuk versi Pro. Ini sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada model iPhone 4 dan iPhone 5 suatu ketika dahulu. Bucu melengkungnya pula dikatakan akan menyamai iPad Pro 2018.
Model-model baru ini dinyatakan akan mempunyai takuk pada skrin yang lebih kecil berbanding penawaran sebelumnya. Menurut Bloomberg, iPhone akan mengumumkan 4 buah model iPhone pada tahun ini dimana dua sebagai pengganti kepada iPhone 11 Pro dan Pro Max. Sementara itu, baki dua model disebut akan menggantikan iPhone 11.
Selain mempunyai sisi rata, versi tertinggi iPhone juga akan menawarkan skrin paparan lebih besar daripada 6.5 inci yang terdapat pada iPhone 11 Pro Max. Paparan itu mungkin berukuran 6.7 inci seperti yang dilaporkan awal tahun ini. Dikatakan juga rekaan-rekaan ini akan dimuktamadkan sekitar Mei depan. Keempat-empat model dipercayai akan menyokong rangkaian 5G.
Melihatkan kepada keadaan dunia yang sedang menghadapi penularan Covid-19, pelancarannya iPhone terbaharu ini mungkin mengalami kelewatan.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Pelancaran OPPO Reno3 Di Malaysia Bakal Dilangsungkan 12 Mei Ini
- Vivo V7 Kini Berharga RM1199, Potongan Harga Sempena Jualan 12.12
- iPhone 8 Turut Ditawarkan Dengan Rekaan Yang Disalut Emas 24 Karat
- Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020
- Penganalisa: Miliki iPhone Atau iPad Menunjukkan Anda Seorang Yang Kaya
- Bekas Pengguna Android Merupakan Penyumbang Kepada 15%-20% Penjualan iPhone
- Xiaomi Memperkenalkan Mi 9 Pro 5G, Dilengkapi Snapdragon 855+ Dan RAM 12GB
- Apple Failkan Paten Papan Kekunci Dari Panel Kaca
- Ini Rupa Sensor 12MP Dalam iPhone 12 Pro Max, Lebih Besar Berbanding iPhone 12 Yang Lain
- Jualan Keseluruhan iPhone Diramal Cecah 2 Bilion Unit