Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus dijangka akan dilancarkan dalam upacara khas 'Unpacked' di New York pada 29 Mac dan akan berada di pasaran pada bulan depan mengikut laporan media. Dua peranti tersebut dikhabarkan dibuat daripada logam dan bahan premium. Dengan mengikut jejak langkah Note 7, peranti itu akan dilengkapi pengesan iris dan juga pengesan cap jari. Dengan fungsi pengesanan wajah dibina di dalam telefon pintar itu. Menariknya, Apple juga dikatakan sedang mengusahakan fungsi yang sama pada peranti iPhone 8 mereka yang dijangka keluar pada hujung tahun ini.
'Flagship' Samsung itu dikhabarkan dikuasakan oleh cip Snapdragon 835 atau Exynos 8895 bergantung kepada pasaran. Galaxy S8 mungkin akan dipasang dengan skrin melengkung 5.8 inci dengan paparan Super Amoled dan Galaxy S8 Plus pula dengan skrin lebih besar, 6.2 inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel. Peranti-peranti itu juga telah disahkan mempunyai teknologi pembantu berasaskan suara milik Samsung bernama 'Bixby' yang dijangka akan bersaing dengan 'Google Asisstant', 'Apple Siri', 'Amazon Alexa' dan 'Microsoft Cortana'.
Siaplah poket anda kepada sesiapa yang tengah menghitung untuk mendapatkan telefon pintar keluaran Samsung ini.
Sumber
Berkaitan
- Kemaskini Android Galaxy S9 Lebih Mudah Dengan Project Treble
- OnePlus Terangkan Sebab Mengapa Takuk Perlu Ada Untuk OnePlus 6
- Nokia 9 VS OnePlus 5: Mana Satu Yang Akan Bersinar Semasa Pelancaran?
- Speaker Stereo? Mungkin itu Yang Disertakan Sekali Untuk Samsung Galaxy S9
- Samsung Galaxy Note 8 Lulus Ujian FCC
- Samsung Galaxy S8 Mendapat Rating Tertinggi Dari Pengguna
- One Plus 6 Disahkan Dengan Cip Snapdragon 845 Dan 8GB RAM
- Galaxy Note 9 Mungkin Guna Atau Mungkin Tidak Guna Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin
- Samsung Membalas Aduan Pelanggan Mengenai Peranti Samsung Galaxy Note 8
- Samsung Pay Tawarkan Peranti Galaxy Note 8, Bank Kuasa Dan Banyak Lagi