Ura-ura: Galaxy S8 dan S8 Plus Akan Hadir Di Dalam 4 Warna Berbeza

Di dalam menantikan kedatangan Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus, satu laporan mencadangkan yang dua peranti tersebut akan dilancarkan dalam warna Kelabu Orkid (Kelabu+Unggu), Biru Coral, Perak Artik dan Hitam Midnight. Walaupun beberapa 'leaks' telah mendedahkan dari segi spesifikasi dan 'hardware', kali ini ia mengenai warna-warna yang bakal menghiasi telefon pintar terbabit. Hendaklah diingatkan ini merupakan khabar angin dan kita masih tidak mendengar pengumuman rasmi oleh Samsung.

Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus dijangka akan dilancarkan dalam upacara khas 'Unpacked' di New York pada 29 Mac dan akan berada di pasaran pada bulan depan mengikut laporan media. Dua peranti tersebut dikhabarkan dibuat daripada logam dan bahan premium. Dengan mengikut jejak langkah Note 7, peranti itu akan dilengkapi pengesan iris dan juga pengesan cap jari. Dengan fungsi pengesanan wajah dibina di dalam telefon pintar itu. Menariknya, Apple juga dikatakan sedang mengusahakan fungsi yang sama pada peranti iPhone 8 mereka yang dijangka keluar pada hujung tahun ini.

'Flagship' Samsung itu dikhabarkan dikuasakan oleh cip Snapdragon 835 atau Exynos 8895 bergantung kepada pasaran. Galaxy S8 mungkin akan dipasang dengan skrin melengkung 5.8 inci dengan paparan Super Amoled dan Galaxy S8 Plus pula dengan skrin lebih besar, 6.2 inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel. Peranti-peranti itu juga telah disahkan mempunyai teknologi pembantu berasaskan suara milik Samsung bernama 'Bixby' yang dijangka akan bersaing dengan 'Google Asisstant', 'Apple Siri', 'Amazon Alexa' dan 'Microsoft Cortana'.

Siaplah poket anda kepada sesiapa yang tengah menghitung untuk mendapatkan telefon pintar keluaran Samsung ini.

Sumber