Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi

Upin & Ipin adalah merupakan "pasangan kembar" paling terkenal di negara ini. Telatah dan gelagat mereka menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa juga tidak terkecuali.

Mungkin faktor berkenaan membantu filem terbaru mereka, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal untuk muncul sebagai animasi dengan hasil kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia.

Menurut akaun Twitter penerbitnya, @lescopaque, filem tersebut telah mengumpul sejumlah RM25 juta selepas hanya 3 minggu menemui peminat di panggung wayang.

https://twitter.com/lescopaque/status/1116299475486515200

Dari segi jumlah penonton pula, seramai sekitar 2 juta penonton telah menyaksikan filem ini di pawagam setakat ini.

Lebih membanggakan, rekod kutipan ini turut mengatasi jumlah kutipan yang diterima oleh animasi popular antarabangsa, Incredibles 2 yang muncul sebagai animasi dengan kutipan tertinggi sebelum ini.

Les' Copaque juga menerusi kicauan di akaun Twitter mereka telah berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang telah membantu mereka dalam mencatat kejayaan ini.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara.

https://youtu.be/lD8Z7GpR45U

Jadi bagi anda yang belum menonton, kami nasihatkan anda untuk menyaksikannya kerana filem ini memang menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Sumber: Les' Copaque

Berkaitan