UOS Adalah Sistem Operasi Komputer Terbaru Dibangunkan Firma China

Antaramuka UOS hasil gabungan pelbagai sistem operasi sedia ada.


2 buah firma pembangun perisian China, China Electronics Corporation (CEC) yang dimiliki kerajaan China dan Deepin telah membangunkan sistem operasi komputer baru yang dikenali sebagai "Unified Operating System" atau singkatannya UOS.

UOS cuba untuk tidak menyerupai mana-mana sistem komputer yang sedia ada. Walaubagaimanapun, pengguna boleh melihat persamaannya kerana antaramukanya adalah gabungan hasil daripada pelbagai sistem operasi yang sedia ada.

Kapsyen: Demo UOS di Shanghai baru-baru ini. Kredit: CGTN


Sebagai contoh, rekaan dock UOS amat menyerupai rekaan dock yang dibangunkan Apple pada sistem iOS, bar tetapannya menyerupai notifikasi Android dan ikon-ikon pula direka sepertimana ikon sistem Linux.

Selain itu,perisian-perisian pejabat yang dibangunkan firma China bagi menggantikan Microsoft Office dan lain-lain juga dilaporkan sudah sedia menyokong UOS seperti Huawei cloud computing, Loongson CPU dan WPS Office.

Bukan rahsia bahawa China sedang giat membangunkan sistem operasi komputer mereka sendiri supaya tidak lagi bergantung pada Microsoft yang dibangunkan firma A.S.

Malah Kerajaan China juga merancang dalam tempoh 3 tahun untuk tidak lagi menggunakan sistem operasi Windows dan perkakasan komputer dari firma Amerika dalam pentadbiran mereka.

Sumber: CGTN

Berkaitan