Universiti Teknologi Malaysia Komited Menjadi Universiti Tanpa Tunai

Universiti Teknologi Malaysia yang mempunyai satu kampus utama di Skudai, Johor dan satu lagi kampus di Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah memulakan initiatif untuk menggalakkan pembayaran tanpa menggunakan wang tunai.

Pihak Universiti telah bekerjasama dengan Axiata Digital telah menghasilkan aplikasi Boost yang akan membolehkan pengguna membayar sebarang transaksi dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka.

Program yang telah dilancarkan sejak bulan Januari itu telah menarik 24 dari 200 peniaga di dalam kampus UTM untuk mengadaptasi cara penerimaan bayaran mereka.

CEO Boost, Christopher Tiffin berharap aplikasi tersebut dapat mengubah cara pembelian pengguna dalam kehidupan seharian mereka. Dia menambah lagi yang pasukannya selalu memastikan yang butiran keselamatan sentiasa dipantau supaya sebarang jenis kelemahan dapat diatasi

Sumber