Universiti Sydney Menghasilkan Solusi Bateri Zink-Udara Yang Boleh Dicaj Semula

Kajian telah dibuat antara jabatan kejuruteraan kimia Universiti Sydney dan Universiti Teknologi Nanyang di Singapura dan berjaya membangunkan solusi untuk mencaj bateri zink-udara yang kemudian boleh digantikan untuk bateri lithium ion.

Mengikut professor Yuan Chen, ketua pasukan kajian, bateri zink-udara sebelum ini digunakan bersama dengan pemangkin besi yang mahal seperti platinium dan iridium oxide tetapi mempunyai aplikasi dunia sebenar yang terhad seperti alat bantu pendengaran dan isyarat kereta api.

Cara terbaru yang mereka temukan menggunakan pemangkin berprestasi tinggi tetapi dengan kos yang rendah yang dihasilkan melalui kawalan terhadap komposisi, saiz dan kristilisasi besi oksida seperti besi, kobalt dan nikel.

Bateri jenis zink-udara ini mempunyai kecekapan bateri sebanyak 10% dengan kitaran caj dan discaj sebanyak 60 kali selama 120 jam memungkinkan penggunaan dalam peranti elektronik.

Bateri ini juga mampu menyimpan tenaga 5 kali lebih banyak dari bateri lithium ion dan lebih selamat digunakan juga lebih mesra alam.

Sumber