United Airlines Kini Bernilai Kurang RM 3325.13 Juta Dari Nilai Asal Selepas Video Pengeluaran Penumpang Menjadi 'Viral'

Selepas video menunjukkan seorang penumpang mereka di paksa keluar dari sebuah penerbangan, saham United Airlines jatuh merudum pada awal hari selasa.

Video itu timbul di sosial media selepas syarikat penerbangan itu telah terlebih tempah penerbangan 3411 dari Chicago ke Louisville menyebabkan mereka hendak mengosongkan 4 tempat duduk untuk pekerja mereka.

Keadaan menjadi buruk apabila salah satu tempat itu diduduki oleh David Dao yang enggan memberikan tempatnya kepada pekerja syarikat penerbangan itu.

Syarikat penerbangan itu mengambil langkah drastik dengan memaksanya dengan kekasaran fizikal keluar dari tempat duduk.

Dao, seorang doktor berasal dari Vietnam dilihat mengalami pendarahan di muka akibat kekasaran yang dilakukan ke atasnya.

Sehubungan itu, para pengguna sosial media telah memberikan respon yang negatif kepada United Airlines diamana majoriti mereka memboikot syarikat penerbangan Amerika Syarikat itu.

Sumber