UniSZA Universiti Pertama Wujudkan Kemudahan Manuskrip Digital Bagi Manuskrip Islam Dan Melayu

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah universiti pertama yang mewujudkan kemudahan manuskrip digital untuk manuskrip Islam dan Melayu. Kemudahan itu diwujudkan atas kerjasama universiti dengan TM One dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

TM One menyediakan pengkomputeran awan dan pusat data untuk menyokong kemudahan manuskrip digital universiti tersebut. Sejumlah 35,000 manuskrip digital disimpan di Twin Core Data Centre untuk tujuan pendidikan serta penyelidikan. Manuskrip digital tersebut mengandungi dokumen lama,nota dan peta yang boleh didapati secara dalam talian. Ia juga boleh diakses di perpustakaan UniSZA.

buku digital

Kemudahan ini adalah sebahagian daripada perjalanan transformasi digital UniSZA dalam menyediakan ekosistem digital dari segi pendidikan. Ia juga sebahagian dalam inovatif ke arah penyimpanan dalam arkib, mengakses dan menggunakan data untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Inisiatif dalam memelihara fail bernilai ini berikutan pusat data teras berkembar dapat menyokong keperluan ruang penyimpanan yang besar.

Sumber : Bernama