UNIQLO AIRism Mask Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 September



Pelitup muka adalah kaedah yang mudah dan berkesan untuk kekal sihat di waktu-waktu yang mencabar ini. Peruncit pakaian global, UNIQLO semalam mengumumkan bahawa ia akan melancarkan AIRism Mask di semua kedai di Malaysia, termasuk kedai dalam taliannya, pada 14 September.

UNIQLO menggunakan amalan yang meluas dan juga permintaan pelanggan untuk menghasilkan pelitup mukanya sendiri. Dipercayai AIRism Mask ini mengoptimumkan kesihatan, perlindungan, dan keselesaan dalam penggunaan harian. Ia juga mencerminkan komitmen UNIQLO untuk menjadikan kehidupan semua orang lebih baik melalui rangkain 'LifeWear.'

Struktur tiga lapisan yang unik meningkatkan prestasi


uniqlo airism mask

AIRism Mask menggunakan struktur tiga lapisan yang meningkatkan prestasi dan penting untuk sejenis pelitup muka. Bahagian tengah pelitup muka menggunakan penapis yang memberikan kecekapan penapisan bakteria 99%, melindungi kulit dari bakteria dan zarah debunga. Melapisi penapis adalah fabrik mesh AIRism. Sebagai tambahan, struktur tiga lapisan ini mempunyai peringkat UPF 50, sehingga memotong 90% sinar ultraviolet.

Mengekalkan penapisan perlindungan tinggi walaupun selepas dicuci


Fungsi adalah yang terpenting dalam penghasilan pelitup muka AIRism. UNIQLO menyatakan bahawa pelanggan semakin memilih pelitup muka yang boleh digunakan semula sebagai pakaian harian, untuk mengurangkan impak persekitaran mereka.

AIRism Mask ini boleh dicuci dengan mesin, dengan menggunakan bahan pencuci biasa di rumah. Sebuah institusi pengujian membuktikan bahawa setelah 20 kali mencuci pada suhu 40 darjah, keberkesanannya hanya kurang 4% dan masih boleh digunakan.

Lebih selesa dari pelitup muka bukan tenunan atau kapas


Pelitup muka AIRism halus seperti sutera pada kulit. Lapisan AIRism dalaman bebas dari kekerasan atau ketebalan pelitup muka bukan tenunan dan kapas, yang juga boleh mengurangkan tekanan. Struktur mesh tiga lapisan menjadikan pelitup muka ini ringan dan nipis, mengoptimumkan daya pernafasan pengguna.

Terdapat dalam 3 saiz


UNIQLO telah mengeluarkan pelitup muka AIRism dalam 3 saiz berikut. Anda boleh memilih saiz yang paling sesuai dengan anda, dan kanak-kanak pula semestinya harus memakai pelitup muka di bawah pengawasan orang dewasa.


Hadir dalam dua pilihan warna


uniqlo airism mask

Dilancarkan di Malaysia pada 14 September


UNIQLO memutuskan untuk melancarkan pelitup mukanya ke peringkat antarabangsa setelah dilancarkan di Jepun pada bulan Jun. Sambutan luar biasa di Jepun mencerminkan prestasi dan kualiti fabrik AIRism dan keyakinan pengguna terhadap jenama UNIQLO.

Walau bagaimanapun, AIRism Mask tidak sepenuhnya mencegah jangkitan dan tidak bertujuan untuk penggunaan perubatan. Jadi, pengguna juga haruslah sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan serta menjaga kebersihan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang UNIQLO AIRism Mask, layari laman web rasmi UNIQLO.

Sumber: UNIQLO & World of Buzz

Baca lagi: Koleksi UNIQLO Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Boleh Didapatkan Pada Harga RM39.90