UniMAP Ubah Sistem Rekod Kehadiran Kakitangan Dari Kaedah Biometrik Ke Teknologi GPS

Hari ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dikhabarkan mula menggunakan teknologi koordinat sistem kedudukan global (GPS) untuk merekod kehadiran kakitangan.

Dengan kaedah ini, lokasi pejabat dimasukkan ke dalam sistem yang telah ditetapkan jarak GPS bagi memastikan ketelusan dalam merekod kehadiran. Data tersebut kemudiannya akan terus dimuat naik ke dalam pangkalan data kehadiran staf.

Penggunaan teknologi ini bagi menggantikan kaedah cap jari yang dilihat mempunyai risiko pendedahan kepada penyebaran wabak tersebut. Proses bagi pelaksanaan ini hanya menggunakan telefon pintar masing-masing dan dapat dilihat turut menjimatkan kos dan masa.

Sumber : Bernama

Berkaitan