Unifi Tawar Pelan Pascabayar Dengan Data Tanpa Had Pada Harga Promosi RM59

Bagi anda yang berminat untuk melanggan pelan pascabayar unifi mobile 99, sekarang adalah masa terbaik kerana pengendali tersebut sedang menjalankan promosi yang bakal tamat pada 31 Disember 2019.

Pada awalnyai ditawarkan pada harga RM99, pelan pascabayar tanpa had unifi itu kini boleh dinikmati pada harga lebih rendah iaitu RM59, penjimatan sebanyak RM480 setahun.

Melalui pelan pascabayar ini, pengguna disediakan dengan data, panggilan serta SMS tanpa had. Namun begitu, untuk data LTE hotspot pula ia hanya dihadkan kepada 10GB dan sekiranya anda memerlukan lebih daripada itu, pas hotspot diberikan pilihan pada harga RM8 untuk 500MB dan 1GB dengan harga RM15.

Berbeza dengan penawaran unifi Mobile 99 sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang kontrak, pelanggan yang mendaftar pada harga promosi terikat dengan kontrak selama 12 bulan.