unifi Tawar Pelan Internet Tanpa Had Untuk Golongan Pelajar Dengan Hanya RM59/Sebulan

unifi kini menyediakan pelan pascabayar Mobile Student Pack untuk pelajar IPTA/IPTS yang menawarkan data, panggilan dan SMS tanpa had dengan hanya RM59/sebulan. Menariknya, unifi Mobile Student Pack ini ditawarkan tanpa kontrak langganan.

Pelan ini tersedia kepada pelajar dari IPTA/IPTS terpilih yang mempunyai alamat e-mel pelajar yang sah dan hanya ditawarkan melalui dalam talian. Setiap pelajar layak untuk mendaftar satu pelan unifi Mobile Student Pack dan hanya tersedia bagi langganan baru sahaja.



Ini bermakna, unifi tidak menyediakan 'Change of Plan' jika anda telah melanggan mana-mana pelan sebelum ini. Bagaimanapun, anda masih boleh menambah satu langganan baru bagi pelan ini.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk menukar kepada pelan unifi Mobile Student Pack. Permohonan penukaran penyedia perkhidmatan boleh dilakukan melalui laman web unifi dan mengambil masa 5 hari bekerja untuk diluluskan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada.

Pelan unifi Mobile Student Pack hanya ditawarkan dalam tempoh yang terhad bermula hari ini, 23 April 2020. Semakan bagi IPTA/IPTS terpilih boleh dilakukan melalui senarai ini dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan ini, layari www.unifi.com.my/studentpack.