unifi Mobile Pula Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Kemaskini: Isu gangguan teknikal yang memberi kesan kepada perkhidmatan rangkaian unifi Mobile telah dibaikpulih sepenuhnya.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1312767037412831233?s=21

Terdahulu, Celcom telah mengumumkan perkhidmatannya sedang mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian. Terbaru, unifi memaklumkan pengguna unifi Mobile turut mengalami isu yang sama.

Namun, ianya adalah bagi pengguna yang berada di luar kawasan liputan 4G. Ia disebabkan oleh gangguan perkhidmatan yang menjejaskan perayauan domestik unifi. Bagaimanapun, perkhidmatan bagi rangkaian 4G tidak terjejas dengan gangguan ini.

Sebagai alternatif, pengguna unifi Mobile boleh menukar tetapan rangkaian kepada "4G only" atau "LTE only" untuk menyambungkan kepada rangkaian 4G unifi sehingga gangguan perkhidmatan ini selesai dibaikpulih.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1312683868114173952

Buat masa ini, belum diketahui bila isu gangguan perkhidmatan unifi Mobile akan diselesaikan. Kemaskini baikpulih akan dimaklumkan setelah isu gangguan ini selesai sepenuhnya.