Unifi Menawarkan Iklan Percuma Buat Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Berikutan COVID-19 yang melanda, banyak perniagaan yang terkesan terutama golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Namun, pihak unifi mensasarkan untuk membantu golongan ini melalui unifi Business Club (uBC).

Dalam sidang media semalam, ketua segmen PKS Unifi, Azmi Abdullah berkata mereka membolehkan akses ke pelbagai sokongan dan penyelesaian perniagaan di bawah uBC untuk membantu pelanggannya merealisasikan potensi sepenuhnya.

Tambahan lagi, unifi akan menawarkan iklan percuma di unifi TV dan platform penyenaraian perniagaan percuma, 'cari@unifi'.

unifi

Ahli uBC dapat menggabungkan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) unifi dengan pelan penyambungan mereka dengan harga potongan.

Perkhidmatan ini merangkumi rancangan mudah alih dan suara, sistem CCTV, dan platform Penyelesaian Pemasaran Digital untuk beberapa nama.

Inisiatif ini dicipta agar golongan PKS dapat capaian terhadap pelanggan atas talian dengan lebih baik.

Sebelum ini, unifi telah mengumumkan kerjasama untuk memberikan lebih banyak penyelesaian terhadap ahli uBC termasuk Lalamove, Swingvy dan KryptoPOS.