Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini

Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini

Diterbitkan Disember 21, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini, pihak Unifi telah membuat promosi #khabarbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai promosi telah ditawarkan dan antaranya ialah promosi pelan prepaid #bebas dari Unifi Mobil.

#khabarbaik WOW WOW WOW!Jom get your #BEBAS Mobile Prepaid now! Dengan #BEBAS lebih banyak kita boleh dapat! If you reload RM20 and you guys berpeluang untuk dapat smartphone Vivo Y11 🤩🤩!!On top of that, boleh jugak dapat voucher from GSC😱😱!!Haa combo yang sangat onz giler🔥! pic.twitter.com/zUaRNUKZfd

— FattahAmin X Unifi (@unifi) December 20, 2019

Menurut satu perkongsian di laman Twitter Unifi, para pengguna berpeluang untuk memenangi Vivo Y11 secara percuma setelah mendaftar pelan prepaid tersebut.

Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini

  • Pelan ini juga memberi lebih data dan para pengguna juga boleh membeli “Add Ons” jika memerlukan data dan panggilan.
  • Pengguna juga tidak perlu risau akan tarikh pembayaran kerana dengan menggunakkan pelan ini, para pengguna boleh membayar pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada tarikh luput selama pelan masih diaktifkan.
  • Pengguna juga boleh membuat pelbagai jenis cara pembayaran iaitu melalui perbankan atas talian, Pay4me, Kad Debit/Kredit dan menggunakkan tambah nilai baucer.

Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini

Dengan penambahan “add ons”, pengguna boleh menikmati tawaran Bebas2enjoy ini di mana pengguna boleh membayar hanya RM 1 untuk penggunaan data LTE tanpa had selama 2 jam.

Untuk penambahan data LTE tanpa had seharian, pengguna hanya perlu membayar RM 3 sahaja. Manakala bagi pakej seminggu, pengguna hanya perlu membayar RM 20 sahaja.

Unifi Memperkenalkan Pelan Prepaid #Bebas Dengan Beberapa Tawaran Menarik Sehingga 31 Disember Ini

Para pengguna boleh mendapatkan pelan prepaid #bebas dengan hanya RM 10 sahaja dan menikmati pas penggunaan data LTE yang bernilai RM 55 secara percuma. Para pengguna perlu muat turun aplikasi mobile@unifi di dalam gedung Playstore/Appstore dan mengikut arahan yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, klik sini unifi.com.my

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY