Unifi Lancarkan Kempen Daftar Dan Menang Serta Pelan Mudah Alih Dengan Harga Terbaik

Sempena musim Tahun Baru Cina, Unifi melancarkan kempen  Daftar & Menang bagi pelanggan sedia ada dan juga baru. Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang menikmati tawaran data, panggilan dan mesej dengan harga lebih murah.

Selain itu, kuota hotspot LTE juga digandakan dari 10GB sebulan ke 20GB sebulan sepanjang tempoh kempen ini - mulai hari ini sehingga 31 Mac 2021.

Berikut adalah tawaran lain dalam kempen ini:

  • Pelanggan sedia ada dapat menikmati data, panggilan dan mesej tanpa had untuk RM59 sebulan (pelan unifi mobile)

  • Ahli keluarga yang menggunakan unifi Home Broadband turut dapat harga promosi dengan harga RM59 sebulan (pelan unifi mobile)




Bagi pelanggan yang sudah mendaftar, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti Pin Tambah Nilai Touch 'n Go eWallet atau telefon pintar baharu.

Untuk mendaftar, pelanggan baru atau sedia ada boleh terus mendaftar melalui pautan ini atau di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara.