Unifi Capai Angka 1 Juta Pelanggan

Telekom Malaysia Berhad kini mencapai satu lagi tanda aras baru sebagai syarikat telekomunikasi terbesar negara.

Menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, Unifi, TM kini sudah memiliki 1 juta pelanggan diseluruh Malaysia.

Ia merupakan petanda baik bagi sektor telekomunikasi dan rangkaian selepas 7 tahun Unifi diperkenalkan.
"Unifi telah berkembang pada kadar yang stabil sejak beberapa tahun dan kini, kita telah mencapai angka yang luar biasa iaitu 1,000,000 pelanggan" ulas En. Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan SME.

Berikutan kejayaan ini, TM akan memberikan derma sebanyak RM1,000,000 kepada 100 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) terpilih  seluruh negara.

Difahamkan juga, pelanggan Unifi ke - 1 juta diberi keistimewaan untuk memilih 10 NGO yang disenaraikan yang mana TM akan menderma sebanyak RM10,000 kepada setiap satu badan tersebut diatas nama pelanggan itu.

Selain itu, sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, syarikat membuka semua saluran secara percuma pada HyppTV dan HyppTV Everywhere bermula dari 19 Jun sehingga 18 Julai 2017.

Secara percuma ini boleh dinikmati oleh semua pengguan Unifi,  Streamyx 8Mbps, dan juga Streamyx 4Mbps yang mempunyai set-top box.

Sumber: LiveatPC.com