Unifi Air Diumum Pada Harga RM79 Sebulan Dan Pelanggan Streamyx Akan Ditukar Kepada Unifi Lite

Setelah menguar-uarkan bakal hadir dengan #khabarbaik untuk pengguna Streamyx sejak minggu lalu, Telekom Malaysia hari ini telah memperkenalkan Unifi Air, sambungan internet tanpa wayar berkelajuan tinggi.



Ia akan ditawarkan secara tanpa wayar kepada 35,000 buah kediaman dengan liputan LTE sementara pengguna yang lain akan ditawarkan dengan Unifi Lite. Unifi Air boleh dilanggan pada harga RM79 sebulan oleh pengguna Streamyx dan menyediakan data tanpa had. Unifi Air dikatakan mampu memberikan sambungan internet stabil pada kelajuan 20Mbps.



Turut diumumkan juga, bermula pada 1 September ini, kesemua pelanggan Streamyx sedia ada akan beralih kepada Unifi Lite pada harga RM69 sebulan dimana bagi pengguna baru, ia berharga RM89 sebulan. Pertukaran kepada pakej Unifi Lite ini akan dilakukan secara automatik. Unifi Lite juga dikatakan hanya penyelesaian sementara disamping pengendali ini mengembangkan lagi rangkaian fiber mereka.

Sumber: Unifi