UMobile Lancarkan Kempen UCubaTry, Bolehkan Anda Cuba Pelan P99 Selama 7 Hari

Pada satu acara pelancaran hari ini, U Mobile tampil melancarkan kempen #UCubaTry bagi menarik lebih ramai pengguna untuk merasai kemampuan rangkaian mereka yang telah dinaik taraf.



Kempen #UCubaTry memberi peluang kepada pengguna baru untuk menguji pelan Unlimited Hero P99 selama 7 hari dan dalam masa yang sama, jaminan 100% wang dikembalikan jika pengguna tidak berminat.



 

Kempen #UCubaTry ini dimulakan hari ini 23 April 2019 dan akan tamat pada 31 Oktober 2019. Melaluinya, terdapat tiga komponen kempen yang ditawarkan.

1. Cuba rangkaian U Mobile menggunakan Unlimited Hero P99 selama 7 hari dengan jaminan wang dikembalikan



  • Terbuka kepada pengguna baru dan pengguna U Mobile sedia ada (nombor baru akan diberikan).

  • Nikmati panggilan dan data berkelajuan pantas 4G secara percuma serta tanpa had. Kuota 30GB disediakan untukĀ mobile hotspot.

  • Pelan Unlimited Hero P99 akan diaktifkan terus pada hari kelapan (8) sekiranya tiada pembatalan dibuat dalam tempoh ujian. Bayaran pendahuluan RM99 akan dimasukkan pada bil bulan pertama.

  • Jika pembatalan dibuat dalam tempoh ujian 7 hari, bayaran pendahuluan RM99 akan dikembalikan dalam masa 14 hari bekerja.

  • Perkhidmatan seperti SMS, International Direct Dialing (IDD), perayauan dan pembelian kandungan masih dikenakan caj.


2. Rebat untuk perkhidmatan Peralihan Nombor Mudah Alih (MNP)

  • Bagi pengguna baru yang beralih kepada pelan U Mobile (P99 atau P139) sepanjang kempen #UCubaTry berlangsung (23 April - 31 Oktober 2019), rebat bernilai RM120 akan diberikan. Contoh, rebat RM10 pada setiap bulan untuk tempoh 12 bulan.

  • Promosi ini juga ditawarkan kepada pelanggan yang #UCubaTry yang mahu kekal dengan U Mobile dan ingin terus menggunakan nombor telefon sedia ada. Namun, pengguna itu perlu tamatkan percubaan, deposit RM99 akan dikembalikan dan boleh terus kepada proses MNP.


3. Dapatkan telefon pintar pada RM0.99

  • Disamping penawaran rangkaian 4G yang lebih baik, pelanggan juga ditawarkan dengan peranti pada harga RM0.99 apabila melanggan pelan P79, P99 atau P139.

  • Promosi ini diberikan kepada pelanggan #UCubaTry yang mahu kekal dengan pelan P99 selepas tempoh percubaan 7 hari, atau bagi pelanggan yang mendaftar P79 atau P139 selepas tempoh percubaan.


Untuk sertai kempen #UCubaTry ini, anda boleh kunjungi pusat U Mobile terpilih (semak disini).