Teknologi Boost merupakan sebuah kolaborasi antara syarikat BASF dengan adidas. Ia direka oleh pakar kimia dari BASF sendiri dengan menggunakan pelet thermoplastic polyurethane (TPU) yang dipadatkan bagi menghasilkan sistem kusyen yang selesa dan responsif.
Ultraboost menghimpunkan tiga teknologi terbaik adidas - Primeknit, Boost, dan Torsion. Walaupun tiga teknologi ini sudah dikeluarkan pada model lain, ini merupakan kali pertama adidas melakukan gabungan teknologi yang paling maju dengan midsole Boost canggih, bar Torsion yang menyokong, dan outsole getah Continental yang tahan lasak.
Ini membuktikan reka bentuk Ultraboost adalah sintesis inovasi dan gaya yang sempurna menjadikannya lebih baik daripada kasut larian lain di pasaran pada masa itu sehingga turut dapat menembusi dunia fesyen.
Sejak pelancaran Ultraboost, adidas telah menghasilkan versi trail dan uncaged yang hanya menjadikan Ultraboost lebih versatil. Setiap tahun adidas menukar corak bahagian atas Ultraboost tanpa mengubah identiti kasut itu sendiri.
Setelah bertahun-tahun Boost dikeluarkan dengan warna putih, adidas akhirnya mengeluarkan Ultraboost Triple Black pada tahun 2016 menjadikan teknologi ini bertambah unggul.
Ultraboost 3.0 kemudian dilancarkan pada bulan Disember 2016, dengan perubahan pada corak primeknit dalam lebih banyak variasi pilihan warna. Koleksi ini juga banyak melibatkan hasil kolaborasi adidas bersama jenama-jenama terkemuka. Salah satu kolaborasi yang berjaya adalah dengan Parley Oceans, di mana mereka mengitar semula plastik dari laut dan menggunakannya dalam penghasilan cage, Boost serta primeknit.
Sehingga kini, adidas masih lagi meneruskan pengeluaran koleksi Ultraboost. Pada tahun lepas, adidas telah berkolaborasi dengan Game of Thrones dengan mengeluarkan koleksi Ultraboost dalam enam warna yang berlainan. Setiap warna itu juga telah dinamakan sempena dengan nama-nama House dalam siri Game of Thrones.
Dalam pada itu, baru-baru ini, adidas telah berkolaborasi dengan Star Wars dan juga Disney untuk menghasilkan adidas Ultraboost.
Bagi yang berminat untuk membeli koleksi Ultraboost, anda boleh dapatkannya melalui adidas.
Sumber: HIGHSNOBIETY