(Ulasan) ZenFone Max Pro M2: Snapdragon 660 Dan Bateri Bateri 5,000mAh Pada Harga Bawah RM 1,000

ZenFone Max Pro M2 hadir ke pasaran Malaysia hanya dengan satu matlamat, memperbaharui segala kekurangan yang pengguna rasakan terhadap model terhadulu, ZenFone Max Pro M1. Model ini menyaksikan beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi tetapi mengekalkan harga jualan sama seperti ‘abangya’.

ZenFone Max Pro M2 diletakkan di kelas pertengahan dan mengutamakan pengguna yang kita boleh sebut mobile gamer. ASUS meletakkan tanda harga di bawah RM 1,000 kepada peranti ini menjadikannya peranti kelas pertengahan yang patut dipertimbangkan oleh pengguna. Jom kita baca ulasan ZenFone Max Pro M2.

Rekaan

Perkara pertama yang anda lihat membezakan ZenFone Max Pro M1 & M2 adalah rekaanya. ZenFone Max Pro M2 menggunakan bahan yang dipanggil akrilik; sejenis plastik yang nampak dan rasa seperti kaca. Ini secara tidak langsung memberikan rupa cantik dan premium kepada peranti kelas pertengahan ini.

ZenFone Max Pro M2 merupakan peranti ke-2 dari ASUS dan pertama di dalam kelasnya yang menggunakan Corning Gorilla Glass 6 untuk skrin paparanya. Corning Gorilla Glass 6 menjanjikan ketahanan 2 kali lebih kuat berbanding Corning Gorilla 5. ZenFone Max Pro M2 mengikuti tren peranti telefon pintar di luar sana dengan memasukkan rekaan takuk ke dalam skrin.

Kami merasakan ZenFone Max Pro M2 kelihatan moden dengan binaan akrilik yang kelihatan seperti kaca. Ia berjaya menghasilkan reka bentuk yang hampir sama dengan model Asus Zenfone 5 dan 5Z yang lebih premium.

Antaramuka

ZenFone Max Pro M2 menggunakan antaramuka asli dari Google tetapi tidak dikategorikan sebagai peranti Android One. Versi Android OS yang digunakan adalah Android 8.1.0 Oreo dimana pihak ASUS mengatakan yang ZenFone Max Pro M2 akan dinaik taraf ke Android Pie semasa acara rasmi mereka di Jakarta.

Android Oreo mengekalkan rupa asli sistem operasi Android dan tidak memerlukan memori RAM yang banyak untuk mengoperasikannya. Secara keseluruhan, sistem operasi ini sangat cepat memberi reaksi dan tidak mempamerkan sebarang bentuk ‘lag’ dalam penggunaan seharian. Apa yang kurang menariknya, kadang-kala sentuhan pada skrin tidak memberi respon yang sepatutnya dan kadang kala agak terganggu apabila perkara ini berlaku. Kekurangan ini boleh diperbaiki ASUS melalui kemaskini perisian daripada mereka.

Spesifikasi Dalaman & Prestasi

ASUS menaik taraf cip pemprosesan ZenFone Max Pro M2 kepada Qualcomm Snapdragon 660 yang dilengkapi dengan teknologi A.I di dalam fungsi fotografi. Peranti ini memuatkan memori RAM berkapasiti 4/6GB dan juga ruang ROM 64GB. ZenFone Max Pro M2 juga menyokong memori luaran berupa kad microSD yang mencapai kapasiti 2TB.

Sistem nyahkunci menggunakan wajah disertakan selain pengimbas cap jari, corak dan juga PIN

Skrin paparan ZenFone Max Pro M2 berukuran 6.3″ dan menampilkan nisbah skrin ke badan sebanyak 90%. Skrin yang digunakan adalah dari jenis LCD dan takuk berada di bahagian atas skrin.

Peranti ini mempunyai sehingga 3 slot dimana dua slot dikhaskan untuk kad Nano-SIM dan satu lagi untuk kad microSD.

Untuk penggemar permainan telefon pintar, peranti ini berprestasi baik untuk kelasnya. Permainan dapat dimainkan tanpa ada sebarang masalah lag dan haba peranti kekal pada tahap minimum semasa sesi permainan.

Kamera

Untuk bahagian fotografi, ASUS telah menggunakan sensor SONY IMX486 (f/1.8, 1.25um). Terdapat pelbagai mod yang boleh dicuba dengan kamera ZenFone Max Pro M2 iaitu Auto, HDR, Pro, Sports dan Night. Disamping itu, dengan tetapan dwi-kamera, ZenFone Max Pro M2 memasukkan fungsi bokeh yang boleh dilaras semasa mengambil gambar.

Berikut merupakan hasil gambar yang ditangkap oleh ZenFone Max Pro M2:

Bagi kami, prestasi yang ditonjolkan oleh kamera ZenFone Max Pro M2 adalah bercampur dan lebih-lebih lagi fotografi malam di mana kadar cahaya yang kurang menimbulkan noise yang banyak; perkara biasa untuk hampir kesemua telefon pintar.  Kamera peranti ini juga berkemampuan untuk mengesan sehingga 13 jenis gambar hasil bantuan teknologi A.I yang terdapat di dalam cip pemprosesan.

Bateri

ZenFone Max Pro M2 menggunakan bateri berkapasiti 5,000 mAh; sama seperti peranti terdahulu. Setakat pengalaman kami menggunakan, setiap caj penuh boleh bertahan dalam satu hari penggunaan penuh.

Malangnya, teknologi pengecasan pantas tidak disertakan sekali untuk ZenFone Max Pro M2 kerana mengikut ASUS, teknologi tersebut kalau digunakan untuk bateri berkapasiti besar seperti 5,000 mAh boleh menyebabkan bateri tidak dapat berfungsi secara normal atau tidak stabil. Hasilnya, pengecasan penuh dari 0% – 100% mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit.

Dengan tidak menyertakan teknologi pengecasan pantas, peranti ini memerlukan masa yang panjang bagi mendapatkan caj penuh. Bicu pengecasan jenis micro-USB juga bagi kami agak ketinggalan untuk tahun 2018 kerana pengguna sudah mula berubah ke USB type-C yang lebih memudahkan kerja-kerja untuk mengecas.

Keseluruhan

Secara kesimpulan, ZenFone Max Pro M2 menampilkan rekaan baru yang lebih menarik dan selesa untuk dipegang. Prestasi peranti cukup lancar dan tidak mempunyai masalah dalam memberikan pengalaman yang baik. Bahagian kamera pula memerlukan penambahbaikan tetapi untuk pengguna biasa, ia sudah cukup memberikan hasil gambar yang cemerlang. Bateri berkapasiti 5,000 mAh membantu pengguna bertahan dalam masa satu hari cuma jika dapat disertakan dengan teknologi pengecasan pantas, ia boleh memberikan nilai tambah kepada peranti ini.

 

 

Asus Zenfone Max Pro M2
  • Rekaan
  • Antaramuka
  • Spesifikasi Dalaman & Prestasi
  • Kamera
  • Bateri
4

Keseluruhan

Perghhhh

  • Kapasiti bateri besar
  • Antaramuka ringkas dan mesra pengguna
  • Selesa dipegang dan ringan

Euwwww

  • Pengecasan MikroUSB
  • Kamera yang sederhana
  • Tiada pengecasan pantas
Zacky Venge

Zacky Venge

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408