(Ulasan) Samsung Galaxy S10 Lite, Peranti Yang Baik Tetapi Bukan Sempurna

Kehadiran Galaxy S10 Lite sedikit sebanyak memberikan kejutan dengan binaan cip pemprosesan Snapdragon 855. Ramai mengetahui Samsung lebih gemar untuk menggunakan cip Exynos buatan mereka untuk peranti mereka di pasaran Malaysia


Menimbulkan Persoalan


Malah kedatangannya juga sememangnya akan memberi impak kepada model S10e dan juga beberapa model dalam siri A mereka.

Setahu saya, ia adalah peranti pertama dalam siri S dengan lebel 'Lite' setelah sekian lama.

Dengan tanda harga RM2,699 dan lebel 'lite' ia diletakkan sebagai peranti flagship mampu milik di pasaran, sebaris dengan OnePlus 7T dan juga realme X2 Pro.

Binaan Premium Terpaksa Dilupakan


Galaxy S10 Lite hadir dengan skrin AMOLED beresolusi Full HD+(2400 x 1080) pada 6.7 inci, lebih besar daripada Galaxy S10+.

Kamera hadapan juga diubah ke bahagian tengah seperti siri Note, berbanding di sebelah kanan sebelum ini (S10). Seperti model S10e, walaupun tidak menggunakan skrin melengkung, namun penawaran skrin yang dibekalkan adalah sangat baik dengan julat warna yang luas dan kontras yang tinggi.



 

Secara kasarnya, binaan keseluruhan Galaxy S10 Lite tidaklah premium seperti model-model dalam siri S10 yang lain. Panel belakang dibina dengan gabungan plastik dan kaca, ia tidak memberikan rasa 'mahal' ketika memegangnya.

Dibahagian belakang menempatkan modul 3 kamera berbentuk petak dibahagian kiri, satu rekaan baru dari iterasi seterusnya untuk tahun ini.

Secara mudahnya, rekaan S10 Lite dilihat seperti model S10+ yang lebih 'murah' dengan tetapan kamera belakang sedikit berlainan.

Spesifikasi Yang Dinanti-nantikan


Dijalankan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 yang sudah berusia hampir setahun. Menjalankan operasi harian seperti melayari laman sesawang, media sosial, strim video dan sebagainya adalah sesuatu yang mudah buat peranti ini, seperti makan nasi di tepi pantai.

Malah dengan RAM sebesar 8GB dan simpanan 128GB (boleh ditambah) melancarkan lagi kerja-kerja yang dilakukan oleh cip ini.



Untuk penggunaan berat seperti memainkan permainan juga dapat dikendalikan dengan baik. Walaupun anda boleh dapatkan peranti dengan cip Snapdragon 855+ pada harga yang sama (peningkatan grafik 15%), tetapi prestasi S10 Lite tidak jauh bezanya.

Kebanyakkan peranti Snapdragon 855+ lain di pasaran di pasangkan dengan skrin 90Hz, maka terpaksa mengerah tenaga pemprosesan grafik dengan lebih banyak, berbanding Snapdragon 855 pada S10 Lite, GPU Adreno 640 hanya mengendalikan skrin 60Hz.

Kamera Yang Boleh Diharap


Dilengkapi dengan tetapan 3 kamera. Yang pertama 48MP, f/2.0 pada sudut luas 26mm bersama sokongan Super Steady OIS, fungsi baru yang dibawakan oleh Samsung. Kedua, 12 MP, f/2.2 sudut ultra lebar pada dan yang ketiga, kamera makro 5 MP, f/2.4.



Gambar dihasilkan adalah baik dengan perincian yang cukup. Penghasilan warna sedikit tawar dengan kepekatan yang sederhana. Ia bergantung kepada citarasi pengguna. Ada yang suka gambar yang terang dan pekat, ada yang suka warna yang lebih natural.



Akan tetapi pada pengamatan saya julat dinamik tidak begitu luas jika anda tidak mengaktifkan fungsi Smart HDR.



Gambar pada waktu malam juga boleh dikatakan baik dengan exposure yang tidak keterlaluan. Masih dapat dilihat kesan hingar dikawasan gelap apabila anda menggunakan Night Mode.

Fungsi Live Focus menghasilkan gambar portret yang baik. Pemisahan latar belakang dan subjek yang baik. Akan tetapi dapat dilihat subjek kehilangan perincian terutamanya dibahagian muka.



Kamera makro adalah yang paling mengejutkan saya. Sebelum ini saya tidak pernah teruja dengan kehadiran kamera makro pada peranti lain di pasaran oleh kerana tidak boleh diharap.

Kamera makro pada Galaxy S10 Lite kali ini dapat mengambil gambar subjek pada jarak dekat dengan jelas.


Bateri Dan Pengecasan Lebih Baik


Memanfaatkan bateri 4,500mAh, peranti dapat bertahan selama 7 jam untuk penggunaan berterusan termasuklah menonton video, memainkan permainan, dan beberapa aplikasi lain.



Dengan saiz bateri yang besar, ia dapat tahan dengan lebih lama berbanging OnePlus 7T atau realme X2 Pro yang purata jangka hayat hanya pada 6 jam.

Namun, untuk pengecasan, S10 Lite hanya disokong dengan pengecasan 25W, mengambil masa sekitar 1 jam untuk pengisian penuh dari 0%.

One UI 2.0, Lebih Ringkas, Lebih Mesra Pengguna


Antara perkara yang paling menarik perhatian adalah animasi baru yang digunapakai pada One UI 2.0 kali ini. Dengan gabungan sistem operasi Android 10, penggunaan nampak lebih lancar dan lebih menarik.



Aplikasi kameranya juga diringkaskan. Tiada lagi mode Instagram seperti sebelum ini, dan mode lain boleh disimpan dalam folder 'more'.



Samsung turut memperbaharui ciri 'Device Care' dengan mempamerkan penggunaan bateri yang lebih terperinci dan kawalan sambungan bersama peranti lain yang lebih luas.



Ciri tema gelap juga diimplemetasikan secara menyeluruh namun ia masih lagi bergantung pada setiap pembangun aplikasi. One UI 2.0 kali ini juga membawakan ciri dimana anda boleh sembunyikan butang 'back' dan 'home' dengan menggunakan isyarat navigasi.

Pengimbasan Cap Jari Masih Di Tidak Diperbaiki


Jika ditanya apa perkara paling menyakitkan hati tentang S10 Lite ini adalah pengimbas cap jarin dalam skrinnya

Anda boleh menggunakan pangimbasan wajah yang juga tidak tepat dalam keadaan kurang cahaya, sehinggakan penulis terpaksa berpatah balik menggunakan kata laluan 'pattern' yang jauh lebih pantas untuk membuka peranti.

Harga Yang Brbaloi Untuk Flagship Samsung


Pada tanda harga RM2,699, ia dilihat sebuah peranti flagship mampu milik yang kehilangan beberapa ciri flagship. Galaxy S10 Lite tidak mempunyai fungsi kalis air, tiada pengecasan tanpa wayar dan hanya tetapan pembesar suara mono.

Malah binaan peranti ini juga tidak se-eksklusif peranti flagship Samsung yang lain. Kualiti kameranya adalah baik tetapi tidak menakjubkan. Akan tetapi skrin dan cip pemprosesan yang dimiliki oleh peranti ini sudah cukup untuk membuatkannya pembelian yang berbaloi.