Ulasan Samsung Galaxy Buds Live: Fon Telinga Dengan Rekaan Seperti 'Kacang'

Samsung pada Ogos lalu telah memperkenalkan Galaxy Buds Live. Menariknya, ia hadir dengan rekaan yang unik dan diumpamakan seperti rekaan "kacang". Untuk pasaran tempatan, Samsung Malaysia menawarkan fon telinga ini pada harga RM699.

Bagi penawaran fon telinga pada kali ini, ia hadir dengan penambahan ciri pembatalan hingar aktif.

Apa ada di dalam kotak?



  • 1x unit Galaxy Buds Live

  • 1x unit pod pengecasan

  • 1x unit kabel pengecas USB-C

  • 1x unit Wing Tips

  • Manual Pengguna

  • Kad Waranti


Melihat pada rekaan, boleh dikatakan ianya unik dengan rekaan seperti kacang. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna yang menarik iaitu Mystic Bronze, Mystic Black, dan Mystic White. Ia mempunyai kemasan glossy dan dari jenis plastik. Pod pengecasan pula bersegi empat tepat dengan lampu indikator pada bahagian dalam dan luar.

Antara yang dimuatkan dalam penawaran fon telinga ini adalah pembesar suara yang lebih besar dari Buds+ dengan saiz 12mm. Ia turut mempunyai ketahanan air IPX2.



Samsung Galaxy Buds Live mempunyai ketahanan sehingga 8 atau 6 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh dengan pembatalan hingar dan arahan suara Bixby dinyahaktifkan. Bagi penggunaan bersama pod pengecasan, fon telinga ini boleh bertahan sehingga 21 jam penggunaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan Samsung Galaxy Buds Live, boleh lihat video Review di bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=YbBX4dzcNek