Ulasan Ringkas Panggilan Video Dari WhatsApp

WhatsApp akhirnya menambah fungsi panggilan video ke semua platform. Semasa pelancaran, syarikat tersebut mendakwa panggilan video mereka telah dioptimumkan untuk memastikan panggilan video yang lancar walaupun anda berada di kawasan yang menerima signal yang lemah. Kemaskini dari WhasApp ini ditawarkan kepada semua platform dan bakal menjadi pesaing utama kepada Google Duo, FaceTime atau Skype.

Kepada pengguna iOS, kemaskini ini akan diterima untuk versi 2.16.17, pengguna Android pula versi 2.16.352 dan bagi pengguna Windows akan datang untuk versi 2.16.288. Mengikut pengalaman Wiser.my, fungsi ini sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna aplikasi mesej WhatsApp ini. Ianya sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu menekan butang 'call' dan memilih sama ada mahu membuat panggilan suara atau panggilan video. Dan Voila! Imej video rakan anda akan terpapar. Cuma rakan anda juga perlu mengemaskini aplikasi WhasApp mereka.

Nota ringkas: Gambar contoh di bawah kelihatan agak kabur bukan kerana kualiti dari video WhatsApp, ini kerana penulis terpaksa mengecilkan saiz gambar dan mengaburkan muka supaya tidak dikenali. Mintak maaf di atas kecelakaan ini.

screenshot_20161117-182551

Panggilan video yang dihasilkan adalah sangat lancar dan jelas. Mungkin tidak sejelas yang kita inginkan namun cukup memadai untuk diletakkan sebaris bersama aplikasi seperti Skype, FaceTime dan lain-lain dari segi kualiti. Ianya mungkin lebih pantas jika anda dan rakan anda mempunyai sambungan internet yang maximum. Atau mungkin hasilnya akan lebih optimum jika kedua-duanya menggunakan telefon yang mempunyai spesifikasi dan saiz RAM yang besar.

Secara kasarnya, fungsi baru dari WhatsApp ini sangat memberangsangkan. Sudah tiba masanya WhatsApp mempunyai fungsi panggilan video. It's inevitable!

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=ABRBFtWTQLw[/embed]

 

 

Berkaitan