Ikuti kami di media sosial

Ulasan

(Ulasan) Kamera Dash Akaso V1 Sebagai Teman Anda Dalam Pemanduan Kereta

Zacky Venge

Ditulis

pada

Pihak Wiser.my telah dihubungi oleh Akaso, sebuah pembuat barangan elektronik yang terdiri kamera aksi, dash cam, dron dan banyak lagi. Jika sebelum ini mereka pernah menghantar produk kamera aksi mereka iaitu V50 Pro, kali ini mereka meminta kami memberi ulasan terhadap produk dash cam mereka, V1 Dash Cam.

Kami telah menggunakan sendiri produk ini dalam tempoh seminggu dan ini adalah uslasan kami terhadap V1 Dash Cam. Sebelum itu kami akan menerangkan fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh kamera ini. V1 Dash Cam menawarkan resolusi rakaman video sehingga 1080p pada kadar 30 fps. Ia mempunyai G-Sensor Emergency-Locking di mana kamera secara automatik mengesan berlakunya pelanggaran dan rakaman akan disimpan untuk memudahkan urusan tuntutan insuran. V1 Dash Cam juga mempunyai fungsi GPS yang boleh diaktifkan membolehkan data seperti kelajuan, longitud dan latitud disimpan di setiap rakaman. Sudut pandang kamera ini juga luas sehingga 170° yang merangkumi sehingga 5 laluan kereta.

-- Iklan --

Kamera ini turut dilengkapi dengan fungsi Wi-Fi yang membolehkan pengguna memuat turun video rakaman atau melihat rakaman secara langsung melalui telefon pintar.

Cara untuk memasang V1 dash cam ini juga tidak rumit dan kerana semuanya hampir disediakan di dalam kotak. Anda hanya perlu arahan yang diberikan di dalam manual serta mengurus kabel bekalan kuasa dengan baik. Kami memandu kereta di dalam 3 keadaan iaitu siang, malam dan pada waktu hujan. Kami mendapati cermin kereta yang bersih juga memainkan peranan dalam mendapatkan rakaman video yang baik.

Rakaman akan bermula sebaik sahaja anda menghidupkan kereta. Berikut merupakan screenshot dari video rakaman V1 dash cam:

 

Hasil dari penggunaan kami boleh dapat kami rumuskan yang V1 Dash Cam ini berfungsi dengan baik sesuai dengan tugasnya untuk merakam video serta bunyi di dalam kabin kereta. Cara penggunaan pon tidak terlalu rumit kerana hanya perlu ‘plug and play’. Secara keseluruhan, V1 Dash Cam mampu menjadi calon dash cam yang kompeten di luar sana.

Akaso sedang melakukan promosi Hari Natal di laman sesawang mereka. Mungkin anda berpeluang memenangi produk-produk action camera daripada mereka. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Akaso.

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular