Ulasan
(Ulasan) HONOR 9X – Tidak Seghairah HONOR 8X
Ditulis
2 minggu lepaspada
Oleh
Helmi SamsuriSetahun yang lalu model HONOR 8X mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pengguna tempatan. Dimuatkan dengan spesifikasi baik disamping penawaran harga mesra poket, ia boleh dikirakan berbaloi untuk dimiliki ketika itu.
Diperkenalkan di Malaysia pada beberapa hari yang lalu, kami diberi kesempatan untuk merasai penggunaan awal HONOR 9X.
Segelintir daripada kita tidak teruja langsung dengan kehadirannya. Ada juga yang melabelnya sebagai Huawei Y9 Prime 2019 yang hanya tampil dengan nama baru.
-- Iklan --
Adakah ia mampu menyambung legasi yang ditinggalkan oleh HONOR 8X? Ikuti pandangan kami mengenai peranti ini.
Spesifikasi
- Skrin paparan 6.59 inci Full HD+
- Kirin 710F
- RAM 6GB
- Storan 128GB (sokongan kad MikroSD sehingga 512GB)
- Sistem EMUI 9.1 berasaskan Android Pie 9.0
- Kamera belakang 48MP (f/1.8)+8MP (f/2.4)+ 2MP
- Kamera hadapan 16MP (f/2.2)
- Bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W
Reka bentuk
Pada julat harga RM999, HONOR 9X boleh dikatakan sebagai sebuah peranti yang mempunyai ukuran skrin paparan yang besar. Walaupun besar, pegangan tangan dapat dibuat dengan kemas dan terasa selesa disebabkan bingkai melengkung pada sisi peranti.
Menggunakan skrin dari jenis LCD, paparannya bebas tanpa sebarang rekaan takuk kerana ia menggunakan mekanisme terangkat bagi menyembunyikan kamera swafoto 16MP.
Seperti biasa, sisi kanan dihuni dengan butang kuasa serta pelaras kelantangan bunyi sementara sisi kiri dibiarkan kosong. Beralih ke sebelah bawah, ia diatur dengan bicu audio 3.5mm, port pengecasan USB-C dan corong pembesar suara mono.
Menemani panel kamera terangkat pada bahagian atas adalah slot hybrid kad dwi SIM nano yang juga menyokong penggunaan kad MikroSD. Jika merasakan storan asas 128GB itu tidak mencukupi, anda boleh tambah kemampuan memori sehingga 512GB menerusi slot tersebut.
Disusun secara menegak pada penjuru kiri adalah tiga kamera terdiri daripada lensa utama 48MP, 8MP ultra lebar dan 2MP untuk bokeh. Jika versi China menggunakan imbasan cap jari pada paparan, versi global ini hanya dilengkapi dengan sensor imbasan konvensional iaitu pengimbas cap jari pada panel belakang.
HONOR 9X disediakan dengan dua warna pilihan iaitu Sapphire Blue dan ditangan kami merupakan warna Midnight Black.
Sistem operasi dan prestasiÂ
Menggunakan sistem EMUI 9.1 berasaskan Android Pie 9.0, penggunaan normal seperti buka aplikasi dan lain-lain yang sewaktu dengannya beraksi dengan baik.
Untuk pengetahuan anda juga, HONOR 9X siap dipasang dengan aplikasi-aplikasi dari Google. Tidak perlu bersusah payah untuk pasang secara side load seperti saudaranya, siri Mate 30.
Bagaimana HONOR 9X boleh ada Google Mobile Services? Mungkinkah ia hanyalah Huawei Y9 Prime 2019 yang ditambah kemampuan kamera utama (16MP kepada 48MP) dan kapasiti RAM?
Berdasarkan pengalaman kami menguji peranti ini buat beberapa ketika, kami perasan terdapat satu perkara yang kurang enak ketika menjalankan aplikasi permainan mudah alih.
Deretan permainan mudah alih popular kami uji pada peranti ini seperti PUBG Mobile, COD Mobile, Asphalt serta VainGlory dan kami dapati prestasi grafiknya kurang memuaskan.
Ambil contoh pada permainan COD Mobile, tetapan hanya boleh dibuat pada Low sementara pada PUBG Mobile, kami perlu letakkannya pada tahap paling rendah untuk dapatkan frame rate yang konsisten. Kami rasakan berdasarkan pengalaman lalu, prestasi Huawei Y9 Prime 2019 lebih baik berbanding model ini.
Mungkin pengeluar boleh ambil maklum perkara ini dan keluarkan kemaskini untuk tambah baik prestasinya pada masa akan datang. Tiada keluhan untuk lain-lain perkara.
Pada bahagian skrin, secara keseluruhannya ia memaparkan kandungan dengan penghasilan warna yang baik, tahap kecerahan yang bagus dan paling menyeronokkan adalah tiadanya rekaan takuk, bermakna mata dapat menjamu setiap kandungan terutama sekali video tanpa gangguan. HONOR 9X mempunyai pensijilan Widevine L1 bermakna anda mampu menikmati penstriman HD pada Netflix.
Seperti yang telah disebutkan diatas, HONOR 9X menggunapakai mekanisme terangkat untuk kamera swafoto. Tetapi oleh kerana pergerakan keluar masuknya agak perlahan, ia tidak sesuai digunakan untuk fungsi imbasan wajah.
Malah pada tetapan sekuriti biometrik hanya menyediakan sistem imbasan cap jari sahaja. Walaupunbegitu, operasi pengesahan cap jari dapat dibuat dengan kadar yang agak pantas. Jadi tidak mengapa rasanya jika tidak terdapat imbasan wajah sekalipun.
Dari segi audio pula, kami kelaskannya sebagai sederhana sahaja. Tidak cemerlang, tidak pula teruk.
Kemampuan kamera
Menggalas fungsi rakaman adalah kamera 48MP+8MP+2MP. Gabungan ketiga-tiga lensa ini berjaya menghasilkan warna yang baik tetapi kontras yang sedikit pekat dan kurang perincian. Lebih-lebih lagi pada rakaman lensa ultra lebar, gambar tidak begitu mengujakan.
Kamera hadapan HONOR 9X mempunyai mod Beauty dan walaupun sudah dinyahaktifkan, ia seakan-akan masih berusaha untuk “mencantikkan” lagi wajah. Hasil kelihatan lembut, dan mungkin ada yang gemarkannya.
Resolusi tertinggi untuk rakaman video boleh ditetapkan pada Full HD 60fps. Hasil gambar seperti dibawah.
Jangka hayat bateri
Bateri 4000mAh yang dimuatkan pada peranti memberikan screen on time sekitar 9 jam. Hanya menyediakan pengecasan 10W, tempoh masa hampir 2 jam diperlukan untuk mengisi daya pada bateri tersebut melalui port USB C.
Kesimpulan
Sebahagian daripada peminat ada yang mengeluh kerana mengharapkan penawaran yang sama di China di bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Faktor utama adalah dari segi cip pemprosesan iaitu antara Kirin 710F dan Kirin 810. Anda sendiri sudah tahu yang mana lebih menyelerakan untuk dimiliki bukan?
Mungkin jika menggunakan cip pemproses sama seperti di China, HONOR tidak dapat menyertakan aplikasi-aplikasi dari Google. Sebab tidak kira bagaimana berkuasanya sesebuah peranti itu, tanpa Google Mobile Services (GMS) ia tidak memberi makna kepada kita pengguna global yang rata-ratanya bergantung penuh pada perkhidmatan tersebut.
Untuk keluaran kali ini, kami rasakan kurangnya “umpphhh” berbanding HONOR 8X dahulu. Dengan nilai RM999 serta penawaran yang diberi, adakah HONOR 9X termasuk dalam senarai beli-belah anda?
Anda Mesti Suka
HONOR 9X Stoned & Co Edisi Khas Akan Tiba 20 Disember Ini
Dapatkan Potongan Harga Sehingga RM600 Sempena Jualan 12.12 Di HiHonor
HONOR 9X – Peranti Pintar Dengan Fungsi Menarik Bawah RM1,000
Beli HONOR 9X Melalui Trade In & Save, Boleh Jimat Sehingga RM350
Harga Siri HONOR 20 Diturunkan – Potongan Sehingga RM300
Mampukah Honor 9X Mengekalkan Legasi Hebat Honor 8X?
Terbaru
Cara Menukarkan Foto Kepada Format PDF Pada iPhone
Kepada anda yang ingin melakukan penukaran format Gambar kepada bentuk PDF pada peranti iPhone, berikut kami kongsikan caranya. Pertama sekali...
Penjadualan Mod Gelap Bakal Hadir Pada Android R Kelak
Android 10 secara rasminya telah memperkenalkan mod gelap secara terbina. Ia akan menyenangkan penglihatan ketika malam dan juga menjimatkan bateri...
Unboxing OPPO Reno Ace Edisi GUNDAM
Bagi peminat tegar Gundam, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan edisi terhad Gundam pada Oppo Reno Ace ini....
Ikut Facebook Kami
Popular
- Berita3 hari lepas
Berjuta Telefon Pintar Tidak Lagi Boleh Mengaktifkan Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun 2020
- Berita3 hari lepas
Apple Memfailkan Saman Terhadap Bekas Pereka Cip Selepas Dia Membuka Firmanya Sendiri
- Berita3 hari lepas
Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia
- Tips Gajet3 hari lepas
Cara Merakam Suara Pada Setiap Slaid Power Point
- Berita3 hari lepas
iPhone Kumpul Data Lokasi Pengguna Walaupun Ciri Dinyahaktifkan, Ini Respon Apple
- Berita3 hari lepas
Realme X50 5G Bakal Dilancarkan Januari 2020, Pesaing Utama Redmi K30?
- Berita3 hari lepas
China Akan Menggunakan Formasi 3-5-2 Bagi Menggantikan Komputer Pihak Luar Dari Semua Pejabat Kerajaan
- Berita3 hari lepas
Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan – Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera