Ulasan Harman Kardon Onyx Studio 6 Dan Aura Studio 3


Nama Harman Kardon sudah tidak asing lagi di dalam kategori produk pembesar suara. Pada kali ini, kita akan memberikan fokus kepada dua produk terbaharu keluaran mereka iaitu Aura Studio 3 dan Onyx Studio 6.

Harman Kardon Aura Studio 3



Melihat kepada rekabentuk Aura Studio 3, ia didatangkan dengan rupa yang elegan dan menawan. Di bahagian dalam, terdapat ciri pencahayaan ambien yang menambahkan lagi sisi premium untuk pembesar suara ini.

Di bahagian bawah, ia dikuasakan dengan sebuah subwoofer. Di bahagian hadapan, terdapat 3 butang iaitu butang volume down, ambient lighting mode, dan juga volume up.

Seterusnya di bahagian belakang terdapat 2 butang iaitu butang kuasa dan bluetooth. Berat pembesar suara ini adalah 3.2kg. Harman Kardon Aura Studio 3 hadir dengan 1 pilihan warna sahaja iaitu hitam.

Antara ciri untuk pembesar suara ini adalah bunyi 360 darjah. Dengan adanya subwoofer, ia menambah lagi ciri bass yang lebih mengasyikkan. Ia boleh digunakan melalui sambungan bluetooth dan juga kabel AUX. Selain itu, kehadiran ambient lighting menimbulkan lagi suasana "meriah" pada pembesar suara ini.

Apa di dalam kotak:

  1. Harman Kardon Aura Studio 3

  2. Kabel kuasa

  3. Buku panduan

  4. Info keselamatan

  5. Kad waranti


Harman Kardon Onyx Studio 6

 



 

Harman Kardon Onyx Studio 6 bersifat mudah alih kerana ia boleh digunakan tanpa sambungan berwayar. Reka bentuknya yang mempunyai pemegang aluminium membolehkan ia untuk dibawa kemana-mana yang diinginkan.

Di bahagian hadapan terdapat 5 butang fizikal iaitu bluetooth, volume down, butang kuasa, volume up, dan play/pause. Berat bagi pembesar suara ini adalah 2.94kg.

Harman Kardon Onyx Studio 6 mempunyai 3 pilihan warna iaitu hitam, biru, dan juga kelabu. Walaupun ia bersifat mudah alih, rekabentuk pembesar suara ini tetap menjanjikan pengalaman rekabentuk yang premium.=

Sebagai pembesar suara mudah alih, bateri pembesar suara ini membolehkan muzik dimainkan selama 8 jam, bateri ini boleh dicas semula. Selain itu, peranti ini menawarkan ciri kalis air IPX7.

Pengguna boleh meletakkan pembesar suara ini di kawasan serba basah seperti di sinki dapur tanpa risau akan kerosakan. Selain itu, untuk mengalami pengalaman muzik yang lebih mengasyikkan, pengguna boleh menghubungkan 2 pembesar suara ini kepada 1 peranti serentak untuk pengeluaran audio yang lebih meluas.

Apa di dalam kotak:

  1. Harman Kardon Onyx Studio 6

  2. Kabel kuasa

  3. Buku panduan

  4. Info keselamatan

  5. Kad waranti