(Ulasan) Edifier W860NB – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan ANC Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Asyik buat ulasan pasal phone je pun boleh buat korang bosan jugak kan. Jadi, kali ini saya akan ulas serba sedikit mengenai sebuah fon kepala tanpa wayar keluaran Edifier, W860NB. Fon kepala ini telah diiktiraf sebagai fon kepala dengan Active Noice Cancelling(ANC) terbaik pada harganya.

Pembeli juga akan menerima clamp case dalam setiap belian

Tak mahu bazirkan masa korang, jom kita tengok betul ke Edifier W860NB ni layak terima pengiktirafan sedemikian atau sekadar strategi pemasaran sahaja.

BINAAN LUARAN

Pertama sekali, kita akan bercakap mengenai binaannya. Kualiti binaan yang ada pada fon kepala ini berjaya menarik minat saya. Sekali lihat, ia kelihatan hampir sama dengan W830BT.

Dengan earcup cushion yang lembut, saya kekal berasa selesa dan hanya berasa panas yang minimal walaupun selepas menggunakannya untuk tempoh yang agak lama. Saiz earcup-nya juga cukup sesuai dengan saiz telinga saya.

Pada bahagian kanan earcup-nya terdapat butang kuasa dan butang ANC. Malah, anda juga boleh menggunakan panel belakang earcup untuk meningkatkan atau menurunkan volume dengan swipe ke atas dan ke bawah.

Tambahan pula, anda juga boleh melangkau ke lagu seterusnya atau kembali ke lagu terdahulu dengan swipe ke kiri atau ke kanan.

Bagi earcup sebelah kiri pula terdapat bicu pengecasan mikroUSB, panel LED, pemancar NFC dan bicu audio 3.5mm untuk penggunaan berwayar. Bagaimanapun, wayar dengan sambungan 3.5mm yang disediakan dari dalam kotak adalah jenis biasa dan bukannya jenis terikat(braided).

Sebelum saya terlupa, bagi anda yang memiliki telefon dengan sensor NFC, anda boleh menghubungkan peranti anda dengan fon kepala ini melaluinya

Pada bahagian headband pula, bagi saya Edifier W860NB ini mempunyai headband yang berkualiti dengan binaan menggunakan aluminium. Ketebalan kusyennya juga “sedang elok”.

Senang cerita, Edifier W860NB ini mempunyai rekaan yang minimalis, tetapi tetap nampak elegan dan cantik.

KUALITI BUNYI

Beralih ke bahagian bunyinya pula. Di sinilah tempatnya untuk kita menguji kehebatan sebenar sesebuah fon kepala itu. Perkara menarik yang ada pada fon kepala ini ialah ia mempunyai sokongan Active Noice Cancelling(ANC).

Untuk maklumat pembaca, ANC ini bertindak sebagai penapis bagi meminimakan bunyian asing daripada masuk ke dalam gegendang telinga anda.

Dan pada pendapat saya, fungsi ANC yang ada pada W860NB ini adalah baik, tapi bukanlah terlalu baik. Ini kerana walaupun ia dapat membawa keluar bunyian asing dengan baik, nada bunyi yang tinggi akan dapat didengari terutama semasa mendengar lagu yang berentak lebih perlahan.

Bunyi bass juga dapat didengari dengan kualiti yang baik, namun tidak bagi lagu yang memerlukan kadar bass yang tinggi seperti ATLiens – Interstellar. Mungkin kerana ia memiliki bass reflex channel lalu saya meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi untuk fon telinga ini.

KETAHANAN BATERI

Bagi kapasiti baterinya pula, ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 1,500mAh yang mampu bertahan sehingga kira-kira seminggu dengan kadar penggunaan 3-4 jam sehari.

Wayar dengan bicu 3.5mm juga boleh digukan sekiranya kehabisan bateri

Sekiranya digunakan secara berterusan dengan ANC diaktifkan pula, kami dapati ia mampu bertahan selama lebih dari sehari dengan mudah. Untuk pengecasan pula, peranti ini boleh dicas menggunakan sambungan mikroUSB. Ia juga diberikan secara percuma dalam setiap belian.

KESIMPULAN

Edifier W860NB ini dipasarkan dengan harga RM499 oleh Edifier Malaysia. Dengan harga sedemikian, kami amat berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, binaannya juga nampak ringkas tapi cantik dan nampak mahal.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah fon telinga yang sempurna. Beberapa kekurangan dapat saya kesan semasa menggunakannya terutama pada kualiti bass dan mids-nya yang agak sederhana.

Akhir kata, bagi menjawab persoalan samada ia layak digelar fon telinga dengan ANC terbaik pada harganya atau tidak, jawapan saya ialah ya. Ini kerana kebanyakan fon telinga dengan fungsi ANC biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi.

 

Edifier W860NB
  • Binaan Luaran
  • Kualiti Bunyi
  • Ketahanan Bateri
  • Harga
4.4

KESIMPULAN

Yayy !!

  • Kualiti binaan yang cantik
  • Bateri tahan lama
  • Harga yang berbaloi

Booo…

  • Bass yang terlalu kuat
  • Audio mids yang kurang berkualiti
Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408