Siapa tidak mengenali DJI, sebuah jenama paling dikenali menghasilkan dron yang sangat berkualiti. Begitu juga dengan gimbal telefon pintar, DJI tidak terlepas menghasilkan gimbal yang juga turut berkualiti dengan pelbagai ciri menarik yang dapat digunakan untuk penghasilan video dengan menggunakan telefon pintar. Osmo Mobile 3 ini juga didatangkan dengan pembaharuan dari segi rekaan, fungsi dan juga ciri menarik dalam aplikasi terbaru mereka iaitu DJI Mimo.

Sebelum itu, kita lihat dulu spesifikasi penting pada Osmo Mobile 3 ini:

  • Berat: 405 g
  • Dimensi: Dilipat, 157 × 130 × 46 mm. Tidak dilipat, 285 × 125 × 103 mm
  • Siri Model: OF100
  • Kapasiti bateri: 2450mAh
  • Kadar penggunaan: 15 jam
  • Tempoh pengecasan: 2 jam 50 minit (Pengecasan 10w)
  • Bluetooth: Bluetooth 5.0 Low Energy
  • Aplikasi: DJI Mimo
  • Kesesuaian telefon pintar: Berat, 200 +/-30 g; Ketebalan, ≤ 9.5 mm; Kelebaran, 62-88 mm

Rekaan dan fungsi

Yang terbaru pada Osmo Mobile 3 ini, ianya didatangkan dengan rekaan yang boleh dilipat dengan saiz yang lebih kompak berbanding dengan sebelum ini iaitu Osmo Mobile 2. Rekaan ini cukup menarik dan memudahkan untuk pengguna membawanya kemana sahaja. Ia juga turut didatangkan dengan beg rasmi DJI. Rekaan pada Osmo Mobile 3 ini mendatangkan dengan butang trigger, yang mempunyai pelbagai fungsi berguna seperti:

IKLAN
  1. Tekan dua kali: Menengahkan posisi gimbal
  2. Tekan dengan lama: Mengaktifkan Activetrack 3.0
  3. Tekan tiga kali: Mengubah daripada kamera depan dan kamera belakang
  4. Tekan tiga kali dan tekan dengan lama: Mengaktifkan Sport Mode

Seterusnya, seperti Osmo Mobile sebelumnya, ia didatangkan dengan butang zoom in dan zoom out, butang mode dan butang shutter. Untuk fungsi butang mode pula:

IKLAN
  1. Mengubah mode rakaman
  2. Tekan dua kali untuk mengubah diantara portrait mode dan landscape mode

Kemudian didatangkan dengan lubang pengecasan USB-C untuk mengecas Osmo Mobile 3 dan juga lubang USB 2.0 untuk mengecas telefon pintar ataupun untuk memasang mikrofon.

Rekaan terbaru yang boleh dilipat ini dapat memberikan pengecasan serentak semasa telefon pintar berada dalam penggunaan mod landscape, tak seperti rekaan Osmo Mobile 2 sebelum ini dimana port pengecasan pada telefon pintar itu ditutup oleh gimbal.

Seterusnya, yang terbaru adalah hadirnya elemen penggunaan getah pada grip gimbal memberikan pengalaman memegang dengan lebih cengkaman dan lebih selesa supaya memberikan lebih kestabilan semasa merakam. Dibahagian bawah gimbal terletaknya lubang untuk memasang tripod.

Fungsi dan ciri menarik (DJI Mimo)

Seperti ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi DJI sebelum ini, ianya didatangkan dengan ciri yang sama seperti merakam, mengambil gambar, merakam timelapse, merakam hyperlapse dan juga panorama. Namun yang terbaru terdapat pelbagai fungsi menarik yang ditawarkan dengan menggunakan gimbal ini. Fungsi ini membantu dalam penghasilan video dan merakam video sesuai dengan mode yang ingin digunakan sesuai juga dengan keadaan persekitaran dan situasi seperti Gesture Control, ActiveTrack 3.0, Sport Mode, dan juga Story Mode.

Gesture control: Fungsi ini dapat membantu dalam mengambil gambar dengan hanya menggunakan gesture tangan anda. Anda hanya pose dengan mengangkat tangan anda dan tunjukkan peace sign, gimbal ini akan menangkap gambar dengan sendirinya.

ActiveTrack 3.0: Fungsi ini menarik kerana ianya akan mengikuti subjek yang telah di fokus kan, dan gimbal ini akan ikut setiap pergerakan anda mahupun subjek anda. Fungsi ini sesuai jika anda sedang berseorangan dan ingin membuat rakaman vlog anda.

Sport Mode: Fungsi ini sama lebih kurang dengan fungsi pada ActiveTrack cuma ianya akan mengikuti subjek dengan lebih pantas tanpa anda harus bimbang dengan kestabilan video anda.

Story Mode: Fungsi ini amat menarik dimana anda boleh memilih beberapa presets dan templates video dengan efek tersendiri setiap preset itu sesuai dengan mood. Gimbal ini akan merakam setiap pergerakan dengan sendiri dan akan menggabungkan setiap video menjadi satu video yang menarik siap dengan efek dan transition tersendiri.

Hasil video

Hasil rakaman dengan menggunakan gimbal ini memberikan satu kepuasan dimana video yang sangat stabil, tiada gegaran yang kelihatan serta video yang sangat kemas. Boleh dikatakan anda tidak perlu risau dengan hasil video daripada gimbal ini. Anda boleh merakam pada tetapan kualiti video pada 4K dan video anda akan kelihatan amat berkualiti. Kami amat berpuas hati dengan DJI Osmo Mobile 3 ini. Anda boleh melihat hasil rakaman video dan juga fungsi menarik dalam video ulasan dibawah:

Dengan itu, Osmo Mobile 3 ini amat disyorkan kepada mereka yang gemar menghasilkan karya – karya video dan filem mahupun mereka adalah kaki travel, ini lah gimbal yang mereka harus gunakan kerana kualiti penstabilan amat memuaskan dan boleh dikatakan cukup sempurna. Ia juga didatangkan dengan ciri dan fungsi yang menarik untuk memenuhi setiap mod penggambaran dan juga perfileman. Pada tanda harga RM499, dengan penstabilan dan fungsi menarik ditawarkan gimbal ini adalah pelengkap mereka yang berminat dalam dunia perfileman dan penggambaran.