Ulang Tahun Ke-20 Untuk Pokemon Yellow

20 tahun yang lepas pada 12 September 1998, Pokemon Yellow secara rasmi dilancarkan di Jepun. Sebagai sambungan kepada versi asal. Pokemon Red dan Bue, versi Pokemon Yellow meletakkan kelainan kepada plot cerita dengan membekalkan karakter Pikachu sebagai pokemon pertama yang mengiringi Ash Ketchum dalam misi penjelajahan mencari karakter pokemon lain di daerah Kanto.



Pokemon telah menjadi sensasi dunia setahun selepas pelancaran dan mula memasuki pasaran Amerika Utara pada 19 Oktober 1999 dan setahun lagi untuk sampai ke Eropah.



 

Permainan Pokemon versi asal ini menawarkan 151 spesis pokemon dari Bulbasur sehinggalah ke Mew. Pokemon Yellow terjual sebanyak 14 juta unit seluruh dunia dan telah berevolusi ke francais lain seperti rancangan tv, permainan kad dan sebagainya.



Let's Go Pikachu pula merupakan permainan terbaru dari Nintendo untuk francais Pokemon yang merangkumi Pokemon Go untuk peranti telefon pintar. Let's Go Pikachu dan Let's Go Eevee akan menemui peminat pada 16 November ini.

Sumber