Ukur Tahap Prestasi Peranti Anda Menjalankan 'Background Apps' Dengan Aplikasi Ini

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana aplikasi yang sedang digunakan pada peranti tidak berfungsi dengan baik atau tiba-tiba terkeluar dengan sendirinya. Namun, tahukah jika masalah tersebut kemungkinan bukan dari aplikasi tetapi dari peranti yang digunakan.

Kini, aplikasi DontKillMyApp telah diperkenalkan untuk mengukur prestasi bagaimana peranti anda menangani proses latar belakangnya. Aplikasi yang dibangunkan oleh Urbandroid ini membenarkan pengguna untuk menjalankan tanda aras dari 1 hingga 8 jam.

Pengguna juga diminta untuk tidak mengecas mahupun menggunakan peranti dalam tempoh tersebut. Setelah selesai menjalankan penanda aras, anda akan menerima laporan ringkas mengenai prestasi peranti.

prestasi background apps

Memandangkan aplikasi ini masih dalam pembangunan, anda mungkin boleh menjangkakan beberapa masalah kecil. Namun, jika ingin mendapatkan akses awal untuk mencuba aplikasi ini, muat turun DontKillMyApp di PlayStore.

Sumber: Android Police