Ukraine Kurnia Hadiah Keamanan Pada 3 Gergasi Teknologi Atas Sokongan Ketika Perang

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengurniakan hadiah keamanan pada Amazon Web Services (AWS) atas sokongannya terhadap negara itu ketika bergelut dengan konflik dengan Rusia.

Antara jasa AWS yang disebut Menteri Tranfsormasi Digital, Mykhailo Fedorov ialah migrasi pengkalan data ke platform awanannya yang menyelamatkan infrastruktur digital Ukraine.

Bukan itu saja, AWS juga menyekat pendaftaran pelanggan baru dari Rusia dan Belarus sejak hari pertama perang Rusia-Ukraine.

https://twitter.com/FedorovMykhailo/status/1544588065624178688?s=20&t=nOWUAJRJin6VKF3HhShqDA

AWS juga menyatakan kesediaannya membantu dari segi penyelesaian digital untuk sektor awam dan perundangan negara itu.

Kerajaan Ukraine juga ada berbincang dengan syarikat tersebut untuk solusi pinjaman digital dan pembinaan semula Ukraine pascaperang.

Hadiah keamanan ini diperkenalkan oleh presiden Ukraine awal tahun ini dan ia boleh diberikan kepada syarikat, kerajaan atau ahli politik yang menyokong Ukraine dalam Rusia-Ukraine.

Syarikat pertama yang dianugerahkan hadiah keamanan ini ialah Google pada Mei lalu. Selain dua syarikat itu, Microsoft juga memperolehinya baru-baru ini.

Gambar utama: The Office of Superintendent of Public Instruction

Sumber: Ukraine Open For Business