UK Akan Cipta Teknologi Sekat Isyarat Telefon Mudah Alih Di Dalam Kereta

Memandu sambil menggunakan telefon merupakan perkara yang sangat tidak bermoral dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Mungkin kita hanya mahu memeriksa emel atau mesej yang masuk tetapi kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata.

Menurut portal berita Independent, Jabatan Pengangkutan UK berkira-kira mahu membangunkan sebuah teknologi yang mampu menghentikan penggunaan telefon mudah alih didalam kereta. Teknologi itu akan menyekat isyarat telefon secara automatik dan pemandu tidak berupaya untuk menghantar mesej, mahupun membuat panggilan ketika sedang memandu.

Perisian yang bakal dibangunkan itu akan mematikan semua akses telefon ke internet termasuk juga sambungan kepada rangkaian telefon. Perkara ini akan dibincangkan pada awal 2017 yang akan melibatkan menteri, pengeluar kenderaan dan juga syarikat mudah alih. Langkah ini dibuat selepas hampir satu daripada tiga pengguna jalan raya mengakui mereka memandu sambil menggunakan telefon. Dan lebih 17,500 pemandu telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut.

" Menggunakan telefon mudah alih ketika memandu tidak boleh diterima sama seperti tidak memakai tali pinggang keledar ataupun mabuk ketika memandu." ujar Pesuruhjaya Baroness Newlove.

Orang ramai turut menggesa pengeluar telefon pintar mencipta mod drive safe yang mempunyai fungsi sama seperti flight mode, dimana panggilan suara, teks pesanan ringkas dan juga emel dihalang dan dapat menghindar pemandu dari leka bermain telefon.


Video dimana pemandu lori leka bermain telefon dan akhirnya melanggar mati seorang ibu dan tiga orang anak.


Sumber: The Independent