Ujian Ukur Aras Geekbench: Cip A14 Bionic Pada iPhone 12 Adalah 25% Lebih Pantas Berbanding A13 iPhone 11

Kelihatannya semakin ramai pihak yang sudah mula memegang iPhone 12. Sehubungan dengan itu skor untuk ujian ukur aras Geekbench telefon itu juga telah mula muncul.

Melihat dari skor yang diuji, cip A14 Bionic pada iPhone 12 Pro meraih markah teras tunggal purata 1600 manakala multi-teras pula pada 3900.



Ini adalah lebih tinggi dari markah purata teras tunggal 1300 dan multi-teras 3200 untuk cip A13 pada iPhone 11.

Secara keseluruhan melalui ujian Geekbench ini, boleh disimpulkan prestasi awal cip A14 Bionic ini adalah sehingga 25% lebih pantas dari segi CPU berbanding A13.

Melalui: Geekbench

 

Berkaitan