Ujian Pengecasan Pantas: OnePlus 5T Paling Cepat Dicas Penuh

Peranti zaman kini hampir kesemuanya dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti besar, dan sudah pasti ia mengambil masa yang lama untuk dicas penuh.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, teknologi pengecasan pantas diperkenalkan. Ia boleh dikatakan sebagai teknologi wajib ada lebih-lebih lagi pada model flagship.

Bagi menjawab persoalan telefon pintar mana berupaya dicas penuh dalam tempoh masa yang singkat, satu ujian telah dijalankan oleh laman Tom's Guide.

Ujian tersebut melibatkan 10 buah telefon pintarĀ  flagship Android dan juga Apple. Model-model seperti berikut.

  1. LG V30

  2. Google Pixel 2

  3. Pixel 2 XL

  4. OnePlus 5T

  5. Samsung Galaxy Note 8

  6. Samsung Galaxy S8

  7. Samsung Galaxy S8 Plus

  8. Apple iPhone X

  9. iPhone 8

  10. iPhone 8 Plus


Ujian terbahagi kepada dua masa iaitu pengecasan selama 30 minit dan 60 minit. Setiap telefon disambungkan kepada pengecas masing-masing dengan keadaan hidup tetapi skrin tidak menyala.

Keputusan ujian boleh dilihat pada imej dibawah;



Untuk makluman, tiga model iPhone menggunakan adapter 29W (MacBook) dan USB-C-to-lightning cable untuk membolehkannya dicas dengan pantas. Aksesori diatas dijual secara berasingan kerana Apple hanya menyediakan adapter 5W di dalam kotak.

Dibawah ini pula adalah keputusan peranti Apple yang dicas menggunakan adapter 5W.



Hasil dari kedua-dua ujian memperlihatkan OnePlus 5T berjaya mengecas sebanyak 59% dalam masa 30 minit dan 93% dalam masa sejam.

Tidak seperti telefon pintar Android lain yang menggunakan Qualcomm Quickcharge, OnePlus 5T menggunakan teknologi pengecasan pantas Dash Charge.

Sumber: Tom's Guide