Ujian Menunjukkan FaceID Apple Lebih Baik Daripada Beberapa Sistem Pengimbas Wajah Android

Setahun yang lalu Apple mempertaruhkan sistem nyahkunci berasaskan wajah menerusi iPhone X dan sehingga kini, ia boleh dikatakan antara yang terbaik dipasaran.

Untuk menilai sejauh mana prestasi sistem imbasan wajah telefon pintar masa kini, Forbes telah melakukan ujian melibatkan peranti seperti iPhone X, LG G7 ThinQ, Galaxy Note 8, Galaxy S9,  dan OnePlus 6.

Ujian yang dijalankan itu menggunakan replika wajah palsu yang dicetak menggunakan pencetak 3D.

Daripada lima peranti yang diuji, hanya iPhone X sahaja yang tidak dapat diperbodohkan oleh wajah palsu tersebut. Diantara 4 peranti Android, LG G7 ThinQ dilihat sedikit sukar untuk diperdaya tetapi dengan situasi cahaya yang betul dan tetapan sekuriti yang sedikit rendah, nyahkunci skrin dapat dibuat.



Sumber: Forbes